Comelnya Iklan Mamee Daebak Di Korea Bikin Model Iklan & Hee Chul Super Junior Terpesona!!

Model terkenal Korea, Cho Inho yang terpilih menjadi tunjang utama Iklan Mamee Daebak sangat teruja apabila dia dipilih menjadi model mee segera dari Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd iaitu Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) bagi pasaran Korea.

 

Aksi bersahaja Inho sebagai model.

 

Malah, Inho yang sebelum ini banyak ketahui tentang Malaysia menerusi rakan baiknya iaitu Hyunmin-A teruja menantikan maklum balas daripada penonton Iklan dari Malaysia mengenai iklan tersebut yang ternyata comel dan memperkenalkan Malaysia secara baik bukan saja di Korea tetapi seluruh dunia.

 

Klik di sini untuk lihat video iklan tersebut bahagian 1.

 

Walaupun sebelum ini Inho lebih kerap menjadi model untuk muzik video artis K-POP serta pakaian pengantin dari China, penglibatannya dalam iklan Mamee Daebak ini membuatkan dirinya lebih teruja kerana ia ibarat dirinya berlakon dalam sebuah drama Korea.

 

Klik di sini untuk tonton video bahagian dua.

 

Sungguhpun pernah mendapat jolokan klon kepada pelakon dan ahli kumpulan SHINee iaitu Cho Minho, Inho yang fasih berbahasa English ini terus menghiasi dunia model di Korea dengan cara tersendiri.

 

Hee Chul Super Junior.

Selain Inho, ahli kumpul Super Junior iaitu Hee Chul turut teruja dengan Mee Segera buatan Malaysia ini. Malah, Hee Chul telah mempromosikan Mamee Daebak yang mendapat sijil halal dari Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ) ini dalam sebuah program TV popular di Korea.

 

Inho turut simpan hasrat untuk jadi model dan pelakon di Malaysia.

Produk terbaru dari Mamee-­Double Decker (M) Sdn. Bhd. Ini adalah hasil kerjasama dengan syarikat dari Korea iaitu Shinsegae Food dan ia telah dilancarkan atas nama Shinsegae Mamee Daebak yang kini dijual dalam bentuk paket dan cawan dengan dua perisa ditawarkan iaitu Kimchi Pedas (Mi Sup) serta Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) bagi pasaran tempatan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link