COVID-19 Ubah Face Mask Dari Signature Idol Ke Aksesori Harian Di Korea

Kehidupan manusia di seluruh dunia berubah kerana serangan Covid-19. Walaupun beberapa buah negara termasuk China, Korea dan Malaysia berjaya mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi wabak ini, namun perubahan terhadap cara hidup manusia dapat dilihat begitu drastik sekali. Hampir 50% manusia menerima hakikat perubahan hidup 360 darjah.

 

Perubahan tersebut termasuklah pertukaran gaya dan fesyen di Korea. Walaupun pemakaian face mask atau penutup mulut bukan lagi asing bagi rakyat Korea, namun COVID-19 telah mengheret aksesori tersebut sebagai satu kelengkapan seharian.

 

Rekaan yang mendapat kontroversi daripada netizen Korea.

Pelbagai cara dibuat rakyat Korea untuk tampil selesa dengan menggunakan Mask setiap masa. Ada juga yang tidak mahu kalah dengan berlumba-lumba mendapat dan mencipta mask yang berkualiti dan bergaya serta yang paling penting dapat menghindar virus Corona.

 

Tutorial tentang Facemask

Terbaru, seorang Youtuber dari Korea telah tular di Korea bernama sSunzy 29 telah menunjukkan cara mendandan diri dengan memakai mask supaya kekal cantik dan menawan.

Dalam perkongsian tersebut, Ssunzy telah memberikan tips solekan yang bagus dan baik serta bersesuaian dengan konsep menggunakan mask. Dia menyarankan lebih banyak menggunakan produk kecantikan berbanding kosmetik. Tips tersebut telah membuatkan jualan produk kecantikan yang sebelum ini sedikit mundur gara-gara Covid telah kembali rancak seperti sedia kala. Ia juga sedikit sebanyak menggalakkan lebih ramai mahu menggunakan mask.

Facemask yang dipopularkan bintang K-pop

Dalam pada itu, pemakaian Mask sebelum ini lebih sinonim dengan fesyen dan gaya bintang Kpop saja lebih-lebih lagi apabila mereka mahu keluar bersosial atau di lapangan terbang. Namun, pereka fesyen terkenal, Park Youn Hee yang banyak membuat pakaian untuk G-Dragon, Girls Generation dan BTS mendedahkan trend itu telah berubah penangan virus Corona.

 

TOP Big Bang antara yang mempunyai facemask yang menarik.

Sekarang ini, orang ramai lebih selesa dan gemar memakai Mask ke mana saja. Mereka seakan berlumba-lumba menunjukkan gaya paling bagus dengan mengenakan mask. Ia bukan lagi SIgnature Item untuk Kpop star tetapi untuk warga Korea.

Sama seperti negara lain, Korea Selatan juga menghadapi masalah pengeluaran mask. Pihak kerajaan telah menghadkan pembelian untuk seorang dalam setiap minggu. Atas dasar itu juga, orang Korea lebih kreatif dalam bab pemakaian mask dan mendorong ramai pereka fesyen di Korea bertukar cabang kategori.

Paul Park pereka fesyen terkenal Korea.

Paul Park, Senior pereka fesyen di Korea telah mengambil peluang ini dengan menghasilkan lebih banyak mask dengan menggunakan material yang lebih selesa dan sesuai dengan keadaan semasa. Cubaan beliau telah mendapat sambutan hangat apabila mendapat lebih 500 tempahan secara online selepas dia menyiarkannya di laman rasmi jenama beliau.

 

G- Dragon sering tampil dengan facemask yang kreatif manakala ada pihak telah mengeluarkan facemask menggunakan wajah ahli BTS.

Sambutan tersebut bukan saja sebab pengaruh Paul Park tetapi atas rekaan mask yang pelbagai warna sesuai dengan gaya anak muda yang inginkan penampilan ceria.

Selepas V BTS menggunakan facemask ini, ramai peminat membelinya.

Share via
Copy link