Derma SUCCI Buat Sindrome Down Terjejas, NAMCIN Underwear Made In Korea Bakal Tercipta

Pereka fesyen tempatan yang sedang sibuk menyiapkan rekaan untuk jenama terbaru NAMCIN yang melibatkan model dari Korea Selatan untuk mewakili Korea iaitu Anas Abdullah (AA) melahirkan rasa sedih apabila niatnya untuk membantu mengumpul dana bagi Persatuan Sindrome Down Malaysia (PSDM) terbantut dan terpaksa ditangguhkan.

 

Anas Abdullah bersama kotak-kotak yang berisikan Succi.

Malah, ia berkemungkinan besar mungkin tidak berjaya direalisasikan memandangkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) terus disambung kerana epidemik Corona Virus tidak berjaya diputuskan kerana keegoan segelintir pihak yang tidak mahu memberikan kerjasama dengan perintah kerajaan. Kerisauan turut menghantuinya apabila ramai kenalan pereka fesyen tempatan kini sudah tutup kedai kerana terjejas dengan COVID19.

 

Bukanlah merungut atau kecewa, AA memaklumkan perancangan mengumpul dana ini telah dirancang sebelum PKP lagi dan merupakan aktiviti yang sering dijalankan AA bersama persatuan itu bagi mengumpul duit tabung PSDM menerusi rekaan eksklusif darinya. SUCCI by Anas Abdullah merupakan rangkaian tudung bawal dan Shawl yang dicipta khusus untuk mengutip dana bagi membantu warga Sindrome Down. SUCCI diambil dari perkataan SUCI yg bererti bersih, baik, ikhlas dan Islamik.

 

Model Monica menggayakan SUCCI dan mengambil foto secara sendiri tanpa bantuan designer.

Sepatutnya, SUCCI telah dilancarkan pada awal April lalu, namun ia terpaksa ditangguhkan dan kini dibatalkan kerana tiada lagi kata putus bila bakal berakhirnya PKP. Di sebalik itu juga, hasil jualan SUCCI sepatutnya adalah untuk mengumpul duit raya untuk PSDM. Masih lagi tidak berputus asa, AA sedang berusaha menghubungi beberapa kenalan Model dan selebriti tempatan untuk membantu melancarkan SUCCI secara atas talian menerusi laman instagram miliknya iaitu Anasabdullah.kl.

 

Aleeza Kassim sepatutnya menjadi model Succi.

Mengikut perancangan awal, SUCCI sepatutnya menyunting Aleeza Kassim, Haneesha Hanee,  Monica dan Kryzz sebagai model rasmi untuk rekaan tersebut. SUCCI melibatkan lebih dari 10 rekaan dan kesemua hasil rekaan tersebut sesuai diguna pakai bagi wanita semua peringkat umur. Malah, ada juga rekaan yang sesuai dipakai oleh golongan lelaki. Lebih menarik, menerusi rekaan SUCCI, AA merupakan pereka fesyen pertama di Malaysia yang menampilkan corak rekaan yang menggunakan tulisan khat Jawi dengan bermotifkan bunga-bunga tropikal.

 

Model Kryz sepatutnya terlibat dengan Succi.

Bercakap mengenai NAMCIN, rekaan tersebut sedang rancak dinilai dan dilakar kerana ianya bakal diperagakan oleh wakil Malaysia dan Korea pada malam kemuncak ALTITUDE MODEL LOOK WORLD pada Oktober 2020 di Bangkok, Thailand. Menerusi rekaan ini pula, AA sedang dalam proses berbincang dengan kilang dari Korea untuk menjadi kilang rasmi bagi NAMCIN undewear lelaki rekaannya.

 

Jenama pakaian dalam Korea yang menggunakan aktor popular sebagai duta dan model.

AA yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan syarikat dari Korea menjelaskan, pemilihan kilang tersebut masih dalam peringkat perbincangan lagi dan masih belum muktamad. AA memilih kilang tersebut kerana kualiti underwear dari Korea yang sangat selesa dipakai. Ianya juga hasil dari kajian AA yang pernah menggunakan rekaan dari Korea. Antara jenama Korea yang menjadi rujukan AA ialah Lashevan, Maxim Underwear dan Gentle9.

 

Haneesya Hanee dalam proses membantu merealisasikan Succi.

Pun begitu, semuanya masih belum muktamad lagi dan ia tertakluk dengan faktor sekeliling. Kini, AA sedang berusaha keras untuk merealisasikan impian SUCCI yang mana ia turut diilhamkan dari anaknya yang juga seorang kanak-kanak Sindrome Down. Semoga usaha murni AA untuk SUCCI bakal terlaksana hendaknya dan mendapat reaksi positif dari masyarakat tempatan dan antarabangsa.

 

Share via
Copy link