Emosi Orang Korea Gundah Gulana Dengan 10 Kisah Sepanjang 2019, Korang Pula?

 

Suatu ketika dulu, apabila menyebut tentang Korea, pasti ramai netizen mengaitkannya dengan muzik K-POP dan drama Korea saja. Namun, kini ia telah berubah apabila cabang Korea turut dikaitkan dengan pelbagai kategori seperti kecantikan, kosmetik, pelancongan, politik dan skandal. Oleh itu, segala berita dan gosip dari Korea pasti tular seluruh dunia. Ketularan itu bukan saja menaikkan nama Korea, malah ia turut memperkembangkan ekonomi Korea.

Industri kosmetik dan kecantikan Korea berkembang maju.

Apa yang pasti, sama seperti tahun 2018, 2019 turut meninggalkan kesan yang mendalam buat netizen Korea serta antarabangsa dengan kisah-kisah yang mengundang pelbagai emosi termasuklah marah, sayang, benci dan mengejutkan. Menariknya, kisah ini bukan saja melibatkan golongan selebriti tetapi ia turut membabitkan orang politik, model dan rakyat biasa.

Drama Korea terus menular virus ke seluruh dunia.

Dari pelbagai kisah tular itu, EH! KOREA BUZZ kongsikan 10 Kisah yang menyentuh hati dan membuatkan emosi orang Korea tidak senang duduk apabila mengingatkannya semula. Yang penting, bukan saja orang Korea, netizen antarabangsa turut sama terjerumus dengan emosi sedemikian rupa. Jom imbas semula 10 kisah tersebut. Adakah anda merasa seperti itu.

 

10 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1-Kematian Bintang Korea Sebab Bunuh diri.
Warga Korea terkejut dan begitu sedih apabila mendapat tahu 5 selebriti Korea iaitu Sulli, Gohara, Woo Hae Mi, Cha In Ha dan Jeon Mi Seon mati disebabkan bunuh diri. Lebih menyedihkan, mereka merupakan artis Korea yang sangat berbakat besar dan baik hati. Mereka juga mempunyai reputasi terbaik dalam arena hiburan. Kematian mereka terus diingati dan ramai peminat masih lagi belum terima hakikat itu.

Share via
Copy link