Fans Tegar Korea Bantah Fattah Amin Jadi Hero Remake Coffee Prince Malaysia

10 Tahun lalu, drama Coffee Prince begitu popular bukan saja di Korea tetapi di seluruh Asia termasuklah Malaysia. Malah, Populariti drama lakonan Gong Yoo yang kini bangkit popular menerusi drama Goblin bersama bekas bintang K-POP iaitu Yoon Eun Hye dalam drama bersiri ini mampu menarik minat beberapa buah negara untuk membuat remake dalam versi negara masing-masing.

 

 

 

Terbaru, pengarah drama popular yang juga pembikin filem Kimchi Untuk Awak iaitu Michael Ang bakal membuat remake Coffee Prince yang akan muncul di kaca TV mulai November 2017. Drama ini akan dibuat sebanyak 28 episod dan memulakan penggambaran pada 19 Julai ini.

 

Dalam mengumumkan berita gembira buat peminat drama Korea terutama sekali drama Coffee Prince, ada pula peminat tegar Korea membangkang dan menolak untuk Fattah Amin berlakon dalam drama berkenaan. Malah, mereka tidak bersetuju Fattah mengambil tempat Gong Yoo.

 

Janna Nick sah pegang watak heroin utama namun Hafidz masih belum diketahui dan bermungkinan besar memegang watak hero kedua Coffee Prince ini.

 

 

Selain Fattah, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut sama diumumkan sebagai pelakon utama untuk remake drama ini. Walaupun begitu, penglibatan Janna dan Hafidz pula tidak pula dikecam netizen yang juga peminat versi original Coffee Prince.

 

Dalam pada itu, bangkangan yang dibuat terhadap Fattah bukanlah disebabkan mereka membenci aktor tersebut. Sebaliknya, mereka merasa ada pelakon lain yang lebih layak untuk melakonkan watak yang sememangnya sudah sebati dalam jiwa penonton K-drama. Peminat juga menganggap sedikit muak kerana terlalu kerap Fattah muncul di kaca tv sebagai hero drama.

 

 

Adakah Alvin Chong mampu membawakan watak utama selain Fattah Amin?

 

 

Oleh itu, banyak pelakon baru telah dicanang lebih layak untuk melakonkan watak tersebut seperti Alvin Chong yang pernah bergandingan dengan Fattah dalam drama Suri Hati Mr Pilot.

 

Alvin Chong, Iswan Ismail, Syafiz Mohd Nazri dan Eric Teng mungkin boleh terlibat dalam drama ini samada sebagai hero utama atau watak yang lain.

 

Berikut adalah komen-komen dari peminat tegar drama Korea yang mendapat tahu mengenai kewujudan drama ini tidak lama lagi.

 

 

 

Komen Peminat Tegar Drama Korea

Komen menarik dari peminat tegar drama-drama Korea.

 

Peminat tegar Korea berharap dan meminta Michael Ang dapat mempertimbangkan pandangan mereka terhadap pertukaran pelakon supaya magis drama ini tidak hilang nanti. Tunggulah pengumuman rasmi dari Michael tentang permohonan ini nanti.

 

Pelakon lelaki asal Coffee Prince bersama heroin utama drama popular ini.

Selain pelakon utama yang dipegang watak Gong Yoo, peminat juga mengintai apakah watak yang dipegang oleh Hafiz nanti. Mereka juga mahu tahu pelakon lelaki lain yang turut serta dalam drama remake ini kerana versi original terdapat 5 pelakon lelaki utama yang mana seorang pelakon asal drama ini sudah pun meninggal tatkala meniti puncak populariti drama ini.

Share via
Copy link