Frontliner Dipulau Sebab Asal Korea & Beri Motivasi Kekal Sihat Walaupun…

Sebelum bergelar doktor pakar di sebuah hospital yang terletak di Amerika Syarikat, Doktor Choi Eugene yang berusia 42 tahun ini pernah muncul beberapa kali sebagai pemenang pertandingan model di Korea Selatan pada penghujung 90an. Sewaktu itu, Dr Choi atau lebih selesa di sapa Eugene merupakan pelajar universiti Yeonsei.

 

Choi Eugene bangkit walaupun menjadi mangsa pulau.

Dengan ketinggian 183cm dan seiras hero Korea iaitu Shin Ha Kyun, Eugene pernah dilamar pereka fesyen tersohor Korea iaitu Andrew Kim pada sekitar tahun 1998-1999 untuk menjadi model utama beberapa jenama Korea. Bagaimanapun, peluang itu ditolak kerana dia mahu lebih fokus dengan pengajiannya sebagai seorang doktor perubatan.

 

Pengalaman sebagai seorang model dikumpul bapa kepada dua orang putra ini sekitar tahun  2002 dan disambung sewaktu dia mendapat scholarship pada tahun 2005-2006 yang mana dia terpilih sebagai model majalah Menhealth.

 

Mengamalkan hidup sihat.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bekerjaya sebagai seorang model. Saya hanya buat sebagai hobi saja. Saya pun menjadi model hanya di Korea saja tidak di Amerika Syarikat. Sewaktu saya mula menetap di Amerika, ramai orang memandang rendah kepada orang Asia. Saya juga turut menjadi mangsa. Sebab itulah juga saya tidak menjadi model di Amerika Syarikat,” katanya.

 

Mengakui sangat aktif sebagai model sewaktu berusia 21 tahun, Eugene tidak menolak seandainya anda pihak yang masih lagi berkenan untuk mengambilnya sebagai model. Namun, kriteria utama Eugene lebih kepada kerjanya sebagai seorang doktor.

 

“Saya sudah ada kerja tetap. Profil saya sebagai model di Instagram sebagai hobi saja. Saya hanya mahu beri inspirasi dan motivasi kepada orang ramai terutama sekali pengikut saya terhadap kesihatan yang sebenar.

“Kalau saya tahu penerimaan terhadap orang Korea sehebat sekarang ini, mungkin saya juga bekerja sebagai model dan pelakon. Saya sebenarnya pernah dapat tawaran dari agensi hiburan besar di Korea untuk jadikan saya sebagai seorang pelakon. Namun tawaran tersebut turut ditolak kerana ia memaksa saya untuk menetap di Korea Selatan.

“Saya kini lebih selesa tinggal di Amerika Syarikat. Ibu bapa saya juga menetap di New York. Di Korea, ramai saudara mara sebelah ayah masih ada di sana.  Sebelah ibu pula semuanya kini berada di Amerika Syarikat. Adik lelaki saya juga seorang doktor dan dia menetap di California,” jelasnya.

 

Kini mengetuai pasukan untuk memerangi covid19 di Amerika Syarikat.

 

Walaupun kini sibuk bertugas sebagai Frontliner memerangi wabak Covid19, Eugene akan menggunakan peluang sebagai model fitness untuk berikan motivasi kepada orang ramai terutama sekali pesakit yang dirawatnya.

 

“Saya tidak kisah orang mahu panggil saya dengan panggilan doktor atau Oppa, kerana kerja saya mesti akan berjumpa ramai orang. Setakat ini, banyak orang datang jumpa saya apabila sudah sakit.

“Kalau boleh saya mahu tukar budaya itu. Saya mahu orang yang tidak sakit pun datang jumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat cara hidup sihat. Bukan berjumpa di Hospital, anda boleh berjumpa dan berkomunikasi di laman sosial.

“Saya mahu orang yang saya rawat aktif bersukan dan sentiasa sihat. Saya juga mahu jadi role model kepada mereka yang sudah berusia lebih 40 tahun ke atas. Setakat ini, saya akan respon dari sesiapa saja yang bertanya dan bertegur saya di laman instagram saya,” jelasnya.

Teringin melaksanakan kelas kesihatan secara serius, Eugene memberitahu keinginan tersebut terpaksa dilupakan kerana kesibukannya sebagai doktor di hospital.

“Bukan tidak mahu tapi jadual dan tugasan saya sangat padat. Namun, saya akan memberikan nasihat secara percuma kepada follower saya di Instagram. Saya sendiri tiada masa untuk buat video tutorial.

 

“Saya banyak terima kiriman soalan tentang diet dan pemakanan. Saya lebih suka berkongsi cara saya seharian. Saya sendiri akan susun jadual saya melaksanakan Crossfit lebih kurang 5 hingga 6 kali seminggu. Sebelum ke gim, saya aka berlari maraton,” katanya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapat khidmat nasihat dari Eugene, anda boleh menghubunginya di laman instagram. Doktor seksi ini mengakui, dia banyak berinteraksi dengan orang Malaysia tentang kesihatan.

Share via
Copy link