Gaji Artis Korea Cecah RM7J: BTS Termahal & Ini Harga Figura K-POP/Hallyu

Menjadi pengajur konsert artis K-POP sememangnya bakal menanggung risiko yang tinggi kerana mereka bakal menghadapi pelbagai dugaan dan rungutan bukan saja dari penaja bahkan dari peminat artis itu sendiri. Malah, rungutan yang biasa diterima pihak penganjur adalah harga tiket yang terlalu mahal. Memahami situasi penganjur, mereka dalam keadaan serba salah kerana bayaran dikenakan pihak pengurusan artis Korea sama ada bintang K-POP atau pun bintang Hallyu begitu tinggi.

 

BTS berada dikedudukan tersendiri.

 

Pun begitu, pihak pengurusan Korea bukanlah sengaja meletakkan harga sedemikian rupa kerana nilai yang dikenakan itu setimpal dengan kerja artis tersebut yang mementingkan kesempurnaan agar semua pihak yang terlibat berpuas hati. Menurut pihak dalaman dari Korea, label atau kelas artis Korea dimulakan dari Kelas Super Star sehingga ke Kelas D.

 

 

Nilai Song Joong Ki berada di kedudukan teratas.

 

Setakat ini, bintang K-POP yang sedang menakluk dunia iaitu BTS telah diletakkan sebagai artis di bawah kelas World Star atau Space Star. Oleh kerana itu, BTS yang dianggotai RM, Jimin, V, Jin, J- Hope, Jung Kook dan Suga dilaporkan sebagai artis Korea yang paling mahal harganya. Mengikuti belakang BTS adalah EXO dibawah pengurusan SM Entertainment.

 

 

Berasal dari Thailand, Lisa Blackpink menjadi figura kedudukan teratas.

 

Menariknya, bagi artis Solo dan rappers di Korea, harga yang dikenakan begitu berbeza. Difahamkan, harga rappers di Korea lebih murah berbanding penyanyi Solo. Namun, ia juga tertakluk kepada kategori rappers tersebut kerana ada sesetengah rappers di Korea diletakkan sama tinggi nilainya dengan bintang K-POP.

 

Jaypark yang baru saja mengumumkan persaraan tidak lama lagi.

 

Lisa dari Blackpink diletakkan pada kelas A untuk artis solo dan Jay Park pula dilaporkan bintang Rapper yang termahal di Korea. Menyentuh mengenai kategori bintang Hallyu atau pelakon Korea, ramai tidak menyangka artis yang disukai terletak pada kategori kelas yang berbeza walaupun ada yang melihat populariti mereka sebaris saja.

 

 

Ramai teruja menantikan Goblin 2 dari Gong Yoo.

 

 

Untuk bintang Hallyu, nama seperti Song Joong Ki dan Jung Ji Hoon berada di kedudukan Superstar Korea manakala Jung Hae dan Gong Yoo berada di Kelas A. Dua aktor Korea yang sememangnya popular di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu So Ji Sub dan Lee Dong Wook pula berada dalam kelas B.

 

 

Jadi, bagi meleraikan isu yang sering berbangkit mengenai penganjuran program dan aktiviti artis Korea terutama sekali yang melibatkan wang ringgit, EH! KOREA BUZZ telah mendapatkan infomasi yang sah mengenai standard harga artis Korea mengikut kelas tersendiri. Bagaimanapun, harga-harga ini boleh berubah mengikut keadaan serta network yang tepat dan sah.

 

 

EXO sering memberi saingan buat BTS.

 

Harga Menjadi Duta Produk atau Model

Kelas Super Star: RM5 Juta- RM7 Juta
Kelas A : RM2.5 Juta- RM3.5 Juta
Kelas B : RM 1.3 Juta- RM 2 Juta

Kelas C : RM 850K – RM1.2 Juta
Kelas D : RM450K- RM800K

 

Harga Persembahan (Bintang K-POP/Hallyu)

Kelas Super Star- RM 6 Juta
Kelas A : RM 3.2 Juta
Kelas B : RM 1.6 Juta
Kelas C : RM 800K
Kelas D : RM 600K

 

Harga Artis Solo (Penyanyi & Rappers)

 

Kelas A : RM 1.5 Juta
Kelas B : RM1 Juta

Kelas C : RM 600K
Kelas D : RM 300K

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link