Gempar! Pelatih K-POP Cuba Bunuh Diri, Kematian Jong Hyun Shinee Didakwa Jadi Penyebab?

Seorang lelaki Korea yang disembunyikan identitinya telah cuba bunuh diri malam tadi di Busan kira-kira jam 8.27 malam waktu Korea Selatan. Bagaimanapun, lelaki yang berusia 25 tahun itu berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

 

Gambar di tempat kejadian. Sumber Naver

Menurut laporan, pihak polis bergegas ke pantai Gwangalli pada malam 6 April selepas menerima panggilan telefon dari seseorang. Panggilan telefon tersebut menyatakan bahawa seorang lelaki berada di pantai Gwangalli dan telah memasukkan kepalanya ke dalam air hingga paras leher.

 

Pemandangan di tempat kejadian.

Sebaik saja polis tiba di tempat kejadian, unit penyelamat telah melompat ke laut untuk menyelamatkan lelaki berkenaan yang sebenarnya seorang pelatih K-POP di sebuah agensi hiburan terbesar di Korea. Sewaktu menyelamatkan lelaki berkenaan, polis telah memastikan agar lelaki berkenaan tidak menghadapi sebarang kecederaan dan menghantar lelaki tersebut ke pangkuan keluarga.

 

Menurut siasatan, pelatih K-Pop ini sudah pun menjadi pelatih K-POP selama 3 tahun dan masih lagi gagal debut sebagai bintang K-POP. Selepas itu, dia telah membuat keputusan untuk datang ke Busan dengan bekerja selama setahun.

 

Dia mula menyerah kalah dan cuba membunuh diri selepas mengetahui seniornya yang berada di agensi yang sama telah pun mati bunuh diri. Pun begitu, seorang anggota polis telah memberikan nasihat kepadanya agar terus mengejar impian sebagai bintang K-POP dan sedia membantu lelaki tersebut mendapatkan khimat profesional.

 

Kematian mendiang Jonghyun yang membuka mata banyak pihak.

Walaupun identiti sebenar pelatih K-POP ini dirahsiakan pihak polis, namun ramai mendakwa pelatih berkenaan dibawah pengurusan SM Entertainment dan senior yang dimaksudkan adalah Jong Hyun Shinee berdasarkan informasi yang telah didedahkan. Dalam pada itu, mengikut rekod, seorang model bernama Lee Ui See dibawah Esteem Entertainment iaitu agensi model dibawah SM Entertainment turut sama mati bunuh diri pada usia 22 tahun.

 

Model bernama Lee Ui See yang telah mati bunuh diri.

Apa sekalipun, dakwaan ini masih lagi tidak sahih kerana baik pihak pelatih mahu pun SM Entertainment tidak lagi membuat sebarang kenyataan. Sebaliknya, peminat K-POP diharap tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memudaratkan keadaan. Apa yang pasti, marilah mendoakan agar pelatih K-POP itu tidak trauma dan cepat sembuh.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link