8 Oppa Korea Muslim Yang Digilai Hingga Terima Pinangan Jadi Calon Suami!

Walaupun tidak menunjukkan peningkatan drastik, namun penduduk Islam di Korea mempamerkan peningkatan dan prestasi yang baik. Bukan saja meningkat dari jumlah penduduk Islam dari negara luar yang mula menetap di Korea, tetapi masyarakat Korea sendiri yang menganut Islam juga bertukar graf.

Imam besar Korea.

Oleh kerana itu, semakin ramai anak muda terutama sekali lelaki Korea yang digelar Oppa terus menjadi perhatian apabila mereka menunjukkan minat tentang Islam apatah lagi apabila mereka mengesahkan bahawa menganut agama Islam.

Ayana Moon

Sebelum ini, mungkin ramai hanya kenali wanita Islam Korea, Ayana Moon yang cantik dan manis orangnya. Namun kini ramai berminat untuk mengenali lebih dekat penyanyi dan youtuber, Jay Kim yang kini lebih selesa menggunakan nama Islamnya Daud Kim.

Selain dari dua figura ini, peminat Korea terutama sekali peminat K-POP ghairah mencari lebih ramai Oppa Korea yang beragama Islam. Paling kelakar, ada yang sanggup mencari dan berharap Oppa Muslim tersebut boleh menjadi calon suami memandangkan mereka tahu untuk melamar Oppa dari Kumpulan KPOP dan drama Korea hanya boleh menjadi angan-angan saja. Apatah lagi, mereka sedia maklum bahawa mereka bukanlah beragama Islam.

 

Askar Korea yang beragama Islam menunaikan solat.

Untuk wanita yang berminat mengenali lebih dekat Oppa Muslim ini, EH! KOREA BUZZ senaraikan 8  Oppa Muslim Korea yang kini popular di laman sosial bukan saja kerana beragama Islam tetapi mempunyai daya  tarikan persis artis K-POP dan bintang Hallyu.

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1-DAUD KIM

Sebelum dikenali dengan nama Daud Kim, dia lebih selesa dikenali dengan nama pentasnya sebagai penyanyi iaitu Jay Kim. Daud Kim menjadi sebutan ramai apabila video yang dimuat naiknya dalam saluran Youtube menjadi tular di dunia. Kini, Daud selesa sebagai Youtuber dan masih lagi aktif sebagai penyanyi. Namun, muzik yang ditampilkan Daud kini ke arah ketuhanan. Dia baru saja melancarkan sebuah lagu baru bersama penyanyi dari Turki. Sebelum memeluk Islam, Daud pernah melancarkan lagu Raya bersama Hyunmin-A dan beberapa artis Malaysia pada 2019.

Share via
Copy link