Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir kesemua penyertaan yang melibatkan Oppa ini sering mendapat tempat teratas. Paling tidak pun, akan meraih beberapa kategori yang dipertandingkan.

Mister Korea VS Mister Malaysia

Walaupun pertandingan Pageant lelaki ini masih lagi baru di adakan secara terbuka di Korea yang mana sebelum ini ia lebih fokus kepada Pageant Wanita, kualiti peserta yang menyertainya tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah, setiap kali Mister Internatinal Korea Pageant di adakan, penganjur sering mengalami kesukaran untuk memilih peserta yang terbaik.

 

Sang Jin antara Mister Korea yang berjaya membuka perniagaan selepas menjadi Mister Korea yang terawal.

Bukan saja mempunyai rupa yang menawan, susuk tubuh juga sungguh menarik. Apatah lagi pendidikan peserta. Rata-rata setiap tahun, ada saja doktor dan guru menjadi calon akhir pertandingan tersebut.  Malah, keseluruhan pembungkusan peserta sama taraf dengan bintang Hallyu dan KPOP.

Kini bergelar pelakon drama Korea dan sibuk menjalani penggambaran drama.

Menariknya, sambutan terhadap pertandingan ini begitu baik dan ramai juga yang berebut-rebut untuk menempah nama menerusi pertandingan ini. Bukan wang yang dicari tetapi profil tinggi yang dikejarkan. Yelah, ramai bekas peserta Pageant Lelaki di Korea menjadi bintang terkenal. Ada yang menjadi pelakon, penyanyi, model, penyampai radio dan ada juga bergelar model antarabangsa. Limpahan tawaran diterima oleh mereka.

Menjadi rebutan majalah bertaraf antarabangsa di Korea sebagai model.

Menurut sumber terdekat, kejayaan ini dikecapi kerana silibus pageant yang diguna pakai sama taraf dengan silibus antarabangsa. Malah, ia dikatakan lebih hebat kerana menyerap banyak silibus menghasilkan bintang Kpop dan Hallyu. Oleh kerana itulah, kualiti peserta dan pemenang pertandingan ini sehebat bintang Korea.

Turut sama aktif sebagai model komersil dan fitness serta influencer.

Dalam pada itu, pertandingan pageant lelaki di Malaysia pula semakin berleluasa. Dimaklumkan, banyak penganjur yang berlumba-lumba mewujudkan pertandingan seumpama ini. Pun begitu, penyertaan yang diterima tidak menepati cita rasa pertandingan. Ada juga seakan ulangan peserta dan seakan tangkap muat saja. Lebih banyak penganjur dari peserta yang menyertainya. Mungkinkah ia sebab budaya dan pemikiran lelaki tempatan?

Kini selesa bergelar personaliti radio di Korea.

Walau bagaimanapun, ada juga Pageant Lelaki Malaysia mencipta nama dalam beberapa peringkat antarabangsa. Namun, ianya sekadar menang dan meraih tittle saja tetapi tidak pula menerima impak yang sama seperti Mister Korea. Walhal, Mister Malaysia juga sama kacak dan pandai macam Mister Korea.

Mewakili Malaysia dan tular di Thailand namun baru saja tamat pelajaran.

Mungkin benar juga orang kata, rempah yang diamalkan di Malaysia untuk Mister Malaysia dan bahan yang digunakan untuk Mister Korea tidak sama. Oleh sebab itulah impaknya berbeza. Perlukah Mister Malaysia cuba menggunakan rempah ratus Mister Korea?

 

Mister Global Malaysia 2019 dan baru saja dianugerah Mister Asean Millennium 2020.

 

Apa sekalipun, EH! KOREA BUZZ dimaklumkan ramai pageant Lelaki baik di Korea dan Malaysia sudah menerima sedikit impak berlainan dengan mendapat sokongan dari peminat. Ada juga yang sudah berkongsi ilmu kerana Mister Malaysia ada kelebihan yang tidak dimiliki Mister Korea. Begitu juga sebaliknya. Mungkin selepas ini, Mister Malaysia bakal menerima impak yang sama dengan Mister Korea.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link