Jang Dong Gun, Song Joong Ki & Hyun Bin Idam Percutian Mewah Di Malaysia

Bintang antarabangsa Korea, Jang Dong Gun yang turut dikenali di Hollywood dan China dalam proses untuk memulakan percutian bersama sahabat baiknya yang dikenali sejak 23 tahun yang lalu iaitu Han Jae Suk.

 

Jang Dong Gun- Foto Naver.com

Dalam rangkaan tersebut, Jang Dong Gun telah mengintai percutian ke negara Eropah iaitu Morocco, Spain, France, Italy dan Hawaii termasuklah negara Asia iaitu China, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Malaysia.

 

Sahabat baik Jang Dong Gun iaitu Han Jae Suk.

Pelakon yang dikenali dengan lakonan hebat dalam filem dan drama Korea ini telah menyatakan hasrat tersebut kepada Hyunmin-A untuk bercuti di Malaysia. Menerusi hasrat itu, Jang Dong Gun mencari destinasi yang indah dan mewah bersesuaian dengan dirinya yang mahu meraikan persahabatan bersama rakannya itu.

 

Hyun Bin (kanan) dan Jang Dong Gun (Kiri) sewaktu bersama untuk sebuah drama.

Selain Han Jae Suk, Jang Dong Gun bakal menjemput bintang ternama Korea yang lain untuk cuti bersama-sama dengannya. Antara nama tersebut adalah Hyun Bin, Song Joong Ki dan Tae Yeon Girl Generation. Difahamkan, aktor ini juga bercadang untuk membawa beberapa bintang K-POP menikmati percutian ini. Percutian mewah mereka ini dijangka akan mengambil masa selama dua bulan bermula Julai dan berakhir pada Ogos 2018.

 

Song Joong Ki bakal turut serta percutian mewah ini.

Oleh itu, bagi merealisasikan impian bintang ini untuk bercuti di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berharap peminat bintang Korea ini boleh hubungi Hyunmin-A di laman instagramnya dengan mencadangkan lokasi percutiaan di Malaysia yang dirasakan bersesuaian dengan tema percutian mewah. Malah, aktor ini juga membukan peluang kepada mana-mana syarikat untuk bekerjasama dengannya untuk mewarnai percutian ini.

 

Ramai bintang K-POP lain termasuk Taeyeon bakal sertai Jang Dong Gun.

Istimewanya, percutian bintang hebat Korea ini juga boleh disertai peminat dengan menontonnya di saluran TVN Korea yang dijadualkan mulai September ini. Percutian mewah bintang ini sebenarnya adalah untuk sebuah program variati terbaru dan sulung dari Jang Dong Gun yang sebelum ini banyak aktif sebagai bintang Filem dan drama.

 

Share via
Copy link