Konsert BTS Di Malaysia Belum Sah Tapi Tiket Dah Dijual? Dasar Scammer!

Belum ada pihak yang rasmi mengesahkan lagi kedatangan artis antarabangsa Korea iaitu BTS akan hadir ke Malaysia pada 2020. Yang ada sekadar propaganda cadangan dari pihak tertentu tentang hasrat untuk membawa BTS sempena kempen VISIT MALAYSIA 2020. Paling panas, tercetusnya pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan hasrat berkenaan. Ada yang sokong dan ada juga yang emosi dengan melemparkan pelbagai tuduhan. Relaks la bro!

 

BTS terus melakar sejarah di persada antarabangsa.

 

Ada juga suara berpendapat terutama sekali peminat K-POP merasakan mungkin ini juga adalah salah satu kempen bagi mempromosikan VISIT MALAYSIA 2020 dengan menggunakan nama BTS yang sering saja tular di laman sosial bukan saja di peringkat antarabangsa tetapi juga di Malaysia khususnya. Dalam erti kata lain, ada pihak merasakan ini agenda untuk menarik minat anak muda untuk menyokong dan mempromosikan kempen berkenaan. Yelah, pengguna laman sosial sudah pasti anak muda lebih ramai berbanding warga dewasa. Ia juga boleh dianggap satu pendekatan bagus kerana masyarakat antarabangsa boleh tahu tentang kempen ini dengan menggunakan internet saja.

 

Antara taktik yang telah dijalankan tentang tiket BTS.

 

Terbaru, EH! KOREA BUZZ dimaklumkan ada pihak sudah berani mengambil kesempatan dengan menjual tiket konsert BTS. Walhal belum ada penganjur mengeluarkan poster tentang konsert BTS di Malaysia. Ada juga yang hampir terpedaya namun menyedari ianya adalah strategi scammer atau penipu yang memikirkan peminat BTS iaitu Army akan mudah terpedaya. Padahal Army lebih bijak menilai dan tahu segalanya masih belum lagi muktamad selagi pihak pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertainment belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

 

V pernah tular pada Ramadan 2018.

 

Awas sang scammer, hukuman berat bakal dilakukan sekiranya anda tidak berhenti menyebarkan penipuan. Hakikatnya, tindakan scammer ini juga menjadi punca konsert BTS atau mana-mana konsert berkaitan artis K-POP sukar diadakan di Malaysia. Malah, ada juga yang batal pada saat akhir. Sesungguhnya untuk menganjurkan konsert BTS atau K-POP bukanlah satu perkara yang mudah. Hanya syarikat yang berpotensi dan berwibawa saja diluluskan. Difahamkan, syarat menjadi penganjur sangat berat dan penilaian akan dibuat terlebih dahulu.

 

 

Konsert Twice batal pada saat akhir di Malaysia walaupun mereka sudah berada di KL.

 

Oleh itu, gembar-gembur tentang proses untuk membawa masuk BTS sudah memakan masa lebih setahun dijalankan adalah disebabkan hasrat tersebut dituju pada pintu rumah yang salah. Contohnya kenapa mesti ketuk pintu rumah EXO padahal anda mahu datang berjumpa BTS? Ketuklah pintu rumah BTS yang alamatnya sudah pun tertulis dan tersebar.

 

Lebih tepat lagi, sudah pun ramai sedia maklum, identiti orang yang boleh membantu dan mempermudahkan proses kedatangan BTS sudah tertulis tetapi individu tersebut tidak pula dihubungi tetapi dihujani pelbagai aduan dari army dan peminat K-POP mengenai isu yang berbangkit. Memandangkan EH! KOREA BUZZ sangat dekat dengan individu tersebut, difahamkan figura tersebut hanya boleh pantau saja buat sementara waktu tetapi akan cuba membantu seandainya diperlukan. Jangan ingat pihak Korea tidak tahu menahu mengenai isu yang dibahaskan di Malaysia tentang BTS dan K-POP.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link