Letupan Gaya Selebriti Korea VS Orang Korea Di Seoul Fashion Week 2017

Seoul Fashion Week 2017 (SFW2017) yang berlangsung di Dongdaemon Design Plaza, Seoul, Korea Selatan bermula 27 Mac hingga 1 April lalu berjaya mengumpulkan 25 pereka fesyen terbaik dan jenama terkenal dari Korea Selatan.

 

 

25 jenama tersebut ialah Demoo Par Choon Moo, Push Button, Rubina, Big Park, Beyond Closet, A.AV, Vlades, Nohant, Song210, Mung Soo Kwon, J Koo, Noh Ke, Kumann Yoo Hye Jin, Kiok, D.Gnak, Kimmy.J, Yohanix, YCH, Rocket x Lunch, Romanchic, Fleamadonna, Dew E Dew E, Resurrection, Carmso dan Greedilous.

 

 

Lebih menarik lagi, SFW2017 turut mengumpulkan ribuan pengunjung yang bukan saja berasal dari Korea bahkan turut dibanjiri pelancong dari luar negara.

 

 

Dengan daya tarikan rekaan yang serba baru dan unik, SFW2017 turut dilihat sebagai medan perang fesyen buat pengunjung program berkenaan yang melibatkan Selebriti ternama Korea dengan orang Korea.

 

 

Kebanyakkan orang Korea yang hadir masing-masing menunjukkan gaya tersendiri yang lebih hebat berbanding artis tempatan.

 

 

Istimewa untuk pembaca EH! KOREA BUZZ, kami tampilkan beberapa gaya yang dirakam oleh lensa Project0811 dan Donga TV. Jom bandingkan, siapakah yang lebih hebat bergaya, Artis Korea atau pun orang Korea?

 

SELEBRITI KOREA
FOTO OLEH DONGA TV

[envira-gallery id=”105432″]

 

 

ORANG KOREA
FOTO OLEH PROJECT0811

[envira-gallery id=”105458″]

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link