Mara Ke AFMEGASTAR, Marsha & Artis Korea, Bo Hyung Bakal Bersatu!

Tahniah diucapkan buat penyanyi, pelakon dan pengacara cantik, Marsha Milan Londoh yang berjaya ke peringkat seterusnya AFMEGASTAR bersama 11 bintang Akademi Fantasia yang lain iaitu Bob, Idayu, Indah Ruhaila, Syamel, Amir Jahari, Amir, Sufi, Ewal, Azahar. Shahir dan Adira.

 

 

Selain mengorak langkah dalam pertandingan tersebut, Marsha juga dikhabarkan bakal membuat kejutan apabila dia bakal bergandingan dengan bintang K-POP yang merupakan ahli kumpulan SPICA iaitu Kim Bo Hyung.

 

 

Menurut sumber, Marsha sudah pun beberapa kali berjumpa dengan pihak pengurusan Kim Bo Hyung atau Miss Bo untuk sebuah projek kolaborasi yang melibatkan dua penyanyi yang sama cantik ini. Bagaimanapun, pihak Marsha mahupun Bo Hyung tidak lagi mengesahkan akan projek berkenaan. Adakah ianya sebuah kolaborasi dalam lagu atau mereka bakal membuat persembahan di AFMEGASTAR?

 

 

 

 

Selain dua individu ini, sebuah syarikat besar terbesar tempatan turut bersetuju untuk bergandingan dengan kedua-dua penyanyi ini bagi sebuah projek yang pastinya membuatkan ramai wanita tertarik untuk terlibat sama. Dalam perbincangan tersebut, Marsha tidak menyangka sama sekali bahawa dia bakal berkolaborasi dengan Bo Hyung yang juga penyanyi Korea kesukaan Marsha.

 

 

Disamping itu, EH! KOREA BUZZ merasakan lebih menarik jika Marsha dan Bo Hyung beraksi di pentas AFMEGASTAR. Berkemungkinan jua ia bakal menghasilkan satu impak baru. Mana tidaknya, Bo Hyung yang kini bergerak solo buat sementara waktu telah mengejutkan peminat Korea apabila muncul dalam beberapa program nyanyian popular Korea.

 

 

Apa sekalipun, syabas sekali lagi diucapkan buat Marsha. Teruja jua untuk menantikan kolaborasi Marsha dengan Bo Hyung.

 

 

 

Share via
Copy link