Merdu Mengaji Quran, Park Dong Shin Ajar Bahasa Korea & Arab Secara Percuma !

Mendengar jejaka dari Korea ini mengaji, pasti ramai tidak menyangka suara merdu mengalunkan ayat suci Al- Quran itu terhasil dari peti suara milik Park Dong Shin. Malah, ramai memuji bacaan Dong Shin atau nama Islamnya, Abdullah hampir sama dengan bacaan ngaji dari Imam Besar Tanah Suci Kota Mekah.

Mengenali lebih dekat Dong Shin, rupa-rupanya dia seorang Youtuber di Korea yang sangat aktif mengajar pengikutnya bahasa Arab dan bahasa Korea. Lebih menarik lagi, Abdullah mengajarnya secara percuma dan ia terbuka kepada sesiapa saja yang fasih berbahasa Korea, Arab dan English.

 

 

Abdullah turut berkongsi cerita hidupnya sebagai seorang Islam di Korea. Dia juga membantu banyak pihak terutama sekali golongan Islam Korea apabila ada isu berbangkit. Menyentuh mengenai kelas mengaji itu, Abdullah turut membuat kelas online mengajar arab dan korea dari mula mengenal huruf sehinggalah anda boleh mahir membaca dan menulis.

 

Kelas yang dijalankan setiap minggu itu memberi peluang anda juga berinteraksi secara dekat dengan Abdullah. Sebelum tular di laman sosial, Dong Shin juga pernah mendapat liputan meluas dari media arab yang kagum dengan dirinya yang fasih berbahasa Arab.

 

Paling menarik, ramai suka mendengar bacaan Quran dari Dong Shin yang sedap serta diselitkan tafsiran dalam bahasa Korea dan Arab. Jika anda berminat untuk menyertai kelas tersebut, anda boleh mengikuti laman youtube miliknya iaitu ALKORY TV. Dong Shin mempunyai satu lagi saluran Youtube iaitu ISLAM KOREA yang khusus memberikan berita mengenai Islam di Korea.

Share via
Copy link