Millennium Universe Pageant Bakal Disertai Oppa & Gadis Korea Pada 2020

Pertandingan ratu cantik Miss & Mrs Millenium bakal mencipta sejarah baru apabila ia bakal di sertai wanita dan lelaki dari Korea pada edisi antarabangsa 2020. Program yang diilhamkan oleh bekas ratu cantik negara, Dato Reiss Tiara sudah pun diadakan selama 2  tahun berturut-turut. Malah, ia dilaksanakan menerusi dua peringkat iaitu peringkat antarabangsa dan peringkat tempatan.

 

Pemenang Kategori Mrs bersama pengasas program.

Menerusi peringkat antarabangsa yang telah pun diadakan pada 11 Mei 2019 di W Hotel Kuala Lumpur, ia mendapat penyertaan dari 21 delegasi antarabangsa termasuklah Venezuela, USA, Philippines, Australia, Singapura dan Bangladesh. Pada peringkat antarabangsa, Malaysia telah diwakili oleh Mrs Malaysia Millennium Universe 2019, Peggy Lee dan Mrs Borneo Millennium Universe 2019,  Alvinna Jesyca Anak Clement, wanita kelahiran Sarawak. Pada malam tersebut, Mrs Estonia 2017, Viktoria Borgman telah dianugerahkan sebagai Millennium Universe Brand Ambassador. Manakala Selebriti tempatan, Haneesya Hanee telah dipilih sebagai  The Iconic Millennium Universe 2019.

 

(Kiri) Miss Asia Pacific Millennium Universe 2020 & Miss Nusantara Millennium Universe 2020.

 

Menariknya, pertandingan edisi tempatan yang diadakan pada 30 November lalu di Hotel Emerald Resort Desaru Johor buat julung kalinya menobatkan Mister Asean Millennium 2020 dan Mister Malaysia Millennium Universe 2020. Untuk kategori baru ini, Mister Global Malaysia 2019 yang pernah mewakili Malaysia iaitu Chris Chan telah dianugerahkan sebagai Mister Asean Millennium 2020 dan Issac pula sebagai Mister Malaysia Millennium Universe 2020.

Chris Chan.

“Saya terharu diatas anugerah ini. Saya akan cuba mempamerkan imej yang terbaik bersesuaian dengan gelaran yang diberikan pada saya malam ini. Saya berharap saya turut mendapat sokongan dari semua pihak terutama sekali mereka yang bergiat aktif dalam dunia modelling dan pageant,” kata Chris.

 

Mampukah Chris bertanding sekali lagi bersama peserta dari Korea.

Selain merebut gelaran utama, peserta malam itu turut merebut gelaran Miss Tourism Millennium Universe 2020, Miss Asia Pacific Millennium Universe 2020, Miss Nusantara Millennium Universe 2020, Miss South East Asia Millennium Universe 2020, Miss Borneo Millennium Universe 2020, Miss Asean Millennium Universe 2020 dan Miss Malaysia Millennium Universe 2020. Kategori sama turut dipertandingkan bagi peserta dalam golongan Mrs.

 

(Kiri) Miss South East Asia Millennium Universe 2020 & Miss South East Asia Millennium Universe 2020.

Pertandingan peringkat tempatan ini diadakan untuk memilih peserta untuk bertanding pada peringkat antarabangsa yang dijadualkan pada Mei 2020. Pengasas program ini memaklumkan bahawa pemilihan pemenang dibuat berpandukan penampilan, pengetahuan dan terutama sekali keupayaan untuk bersinar serta menonjolkan sifat yakin, positif dan kreativiti. Penjurian bagi pertandingan ini telah diadili oleh ramai juri profesional termasuklah Mrs Bangladesh.

 

Dato’ Reis bersama Hyunmin-A.

 

Menyentuh mengenai penganjuran peringkat antarabangsa pada Mei 2020, penganjur berhasrat agar program ini dapat disertai peserta dari Korea Selatan walaupun program ini sering saja mendapat penyertaan meningkat dari negara Eropah. Difahamkan, penganjur telah pun berbincang secara terperinci dengan wakil dari Korea Selatan dan masih lagi mengintai lokasi yang sesuai untuk menyambut delegasi antarabangsa termasuklah delegasi dari Korea .

 

(kiri) Miss Asean Millennium Universe 2020 & Miss Malaysia Millennium Universe 2020.

Selain peserta Korea, ia bakal juga disertai peserta dari Jepun. Jika perancangan penganjur menjadi realiti, pertandingan peringkat antarabangsa ini akan menjadi lebih sengit kerana peserta dari Korea bakal menjadi perhatian memandangkan dunia pengiklanan dan komersial tatkala ini sering dimonopoli figura dari Korea Selatan. Terutama sekali pertandingan lelaki Terkacak dunia sering saja dikuasai oleh lelaki dari Korea begitu jua Wanita Tercantik Dunia.

 

Miss Tourism Malaysia Millennium Universe 2020

 

 

Share via
Copy link