Mirip Wajah Gambit & Aiman, Soo Han Sering Diserang Gadis Malaysia & Islam!

Sebaik saja EH! KOREA BUZZ memberitahu nama beberapa individu yang dicadangkan netizen untuk menyertai program Big Stage musim ke-3, nama penyanyi busker, Park Soo Han, 25 terus menjadi perhatian ramai terutama sekali gadis tempatan.

 

Benarkah Soo Han mempunyai iras dua pelakon ini?

Malah, laman Instagram milik peribadi Soo Han mendapat pelbagai komen dari netizen Malaysia dan umat Islam seluruh dunia dan Asia. Hampir setiap hari, Soo Han atau nama Islamnya, Jawhar menerima pesanan dan rayuan daripada gadis Malaysia untuk dia menyertai program Big Stage yang menjulang nama Jang Han Byul sebagai juara musim kedua.

 

Sekali pandang memang ada mirip Aiman Hakim Redza.

Dalam pada itu, EH! KOREA BUZZ difahamkan, Soo Han turut mendapat perhatian kerana kebolehannya berbahasa Inggeris, Korea dan Arab. Menariknya, sebilangan gadis tempatan merasakan wajah Soo Han juga mempunyai iras pelakon popular Malaysia iaitu Aiman Hakim dan Gambit Saifullah. Oleh kerana kekacakan Soo Han, ada yang menggalakkan Soo Han menjadi pelakon tidak kiralah di Malaysia atau pun di Korea.

 

Apakah persama Soo Han dan Gambit?

 

Sementara itu, Soo Han yang juga kenalan baik Hyunmin-A menyatakan, dia mempunyai hasrat besar untuk menjadi penyanyi terkenal dan sedang berusaha ke arah itu. Malah, dia juga bakal mencuba peluang baru untuknya berkarya sebagai penyanyi walaupun kini sibuk dengan kerja tetap di pejabat.

 

Gaya Soo Han ke pejabat setiap hari.

 

Istimewanya, Soo Han yang kini mempunyai kerja tetap telah pun membuat pengumuman rasmi bakal datang ke Malaysia dalam waktu terdekat. Namun, tarikh dan sebab mengapa dia mahu ke Malaysia masih belum di kenal pasti. Bagaimanapun, Soo Han ingin kenali lebih dekat Malaysia selepas mendapat pelbagai komen positif dari netizen tempatan.

 

Menurut sumber, peratusan Soo Han menyertai program di Malaysia bakal menjadi kenyataan memandangkan dia adalah teman akrab Hyunmin-A.  Faktor ini dinilai bersandarkan penyertaan Han Byul dalam program Big Stage 2 disebabkan oleh Hyunmin-A yang bertindak sebagai pengurus Han Byul. Jadi, tidak hairanlah kalau Soo Han bakal menjejaki jejak langkah tersebut.

 

Adik Soohan, Muhammad turut mendapat perhatian.

 

Namun, ia masih belum menjadi pasti lagi memandangkan menerusi entri tentang calon peserta Big Stage dari Korea, ada ramai lagi kenalan rapat Hyunmin-A tercalon termasuklah Eddy JJCC,  Woo Sung The Rose dan Daud Kim yang pernah berkolaborasi dengan Hyunmin-A dalam sebuah lagu raya. Apapun, Korea Buzz mendoakan agar peserta yang terpilih nanti bakal mencetuskan impak yang lebih besar.

Yang penting, Korea Buzz juga amat tertarik untuk kenali Soo Han dengan lebih terperinci kerana dia antara jejaka Korea beragama Islam yang membesar di Korea sejak lahir lagi. Mungkin, ramai yang ingin tahu kisah suka duka dia sebagai seorang muslim.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link