Nanen Solo! 10 Tanda Orang Korea Masih Single & Cari Jodoh


Lagu Solo nyanyian ahli Blackpink iaitu Jennie semakin menjadi-jadi sehingga ramai peminat membuat parodi tarian lagu berkenaan mahupun menyanyikan semula lagu tersebut. Memetik bait lirik lagu tersebut iaitu Nanen Solo bererti Saya masih lagi single, ia cukup menggambarkan bahawa ramai orang Korea berstatus solo.

 

Jennie Blackpink penyanyi asal Solo.

Difahamkan, lagu ini menjadi popular di Korea bukan saja muziknya yang sedap didengar serta dinyanyikannya Jennie. Sebaliknya, maksud lirik lagu Solo begitu sinis dan sesuai dengan masyarkat Korea pada masa kini yang lebih selesa hidup solo berbanding berumahtangga.

 

Pun begitu, untuk mengenal pasti orang Korea yang masih solo dari segi faktor umur dan fizikal adalah amat sukar sekali kerana orang Korea begitu awet muda dan jaga penampilan. Secara puratanya, orang Korea hanya akan kelihatan sudah berusia jika mereka sudah pun mencecah usia 45 tahun ke atas.

 

Budaya Sogaeting atau blind date popuar di kalangan orang Korea.

Walaubagaimanapun, EH! KOREA BUZZ dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tanda orang Korea masih lagi single dan sedang mencari teman hidup bersandarkan perbuatan dan karaktor yang kerap dilakukan oleh orang Korea yang berstatus bujang. Siapa tahu dia jodoh anda?

Berikut adalah 10 tanda orang Korea yang masih lagi solo yang dikongsi sendiri oleh warga Korea. Adakah anda mengenal individu yang memiliki ciri di bawah ini?

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Kerap Berjumpa Kawan

Golongan bujang di Korea lebih kerap menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Walaupun sibuk dengan rutin harian, mereka akan cari masa untuk bersama tidak kiralah lelaki mahu pun perempuan. Namun, mereka lebih gemar keluar sesama jantina. Sebab itulah juga, istilah Bromance dan Womance adalah biasa di Korea. Jadi, janganlah sesekali menuduh mereka mengamalkan cara hidup songsang (LGBT) jikalau anda melihat orang Korea yang amalkan perhubungan Bromance dan Womance.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link