Nanen Solo! 10 Tanda Orang Korea Masih Single & Cari Jodoh


Lagu Solo nyanyian ahli Blackpink iaitu Jennie semakin menjadi-jadi sehingga ramai peminat membuat parodi tarian lagu berkenaan mahupun menyanyikan semula lagu tersebut. Memetik bait lirik lagu tersebut iaitu Nanen Solo bererti Saya masih lagi single, ia cukup menggambarkan bahawa ramai orang Korea berstatus solo.

 

Jennie Blackpink penyanyi asal Solo.

Difahamkan, lagu ini menjadi popular di Korea bukan saja muziknya yang sedap didengar serta dinyanyikannya Jennie. Sebaliknya, maksud lirik lagu Solo begitu sinis dan sesuai dengan masyarkat Korea pada masa kini yang lebih selesa hidup solo berbanding berumahtangga.

 

Pun begitu, untuk mengenal pasti orang Korea yang masih solo dari segi faktor umur dan fizikal adalah amat sukar sekali kerana orang Korea begitu awet muda dan jaga penampilan. Secara puratanya, orang Korea hanya akan kelihatan sudah berusia jika mereka sudah pun mencecah usia 45 tahun ke atas.

 

Budaya Sogaeting atau blind date popuar di kalangan orang Korea.

Walaubagaimanapun, EH! KOREA BUZZ dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tanda orang Korea masih lagi single dan sedang mencari teman hidup bersandarkan perbuatan dan karaktor yang kerap dilakukan oleh orang Korea yang berstatus bujang. Siapa tahu dia jodoh anda?

Berikut adalah 10 tanda orang Korea yang masih lagi solo yang dikongsi sendiri oleh warga Korea. Adakah anda mengenal individu yang memiliki ciri di bawah ini?

5 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

5.Memasak

Bagi orang bujang yang gemarkan cabaran, mereka lebih suka memasak untuk diri sendiri berbanding beli makanan di restoran. Malah, ada juga yang sanggup masak untuk kenalan rapat demi mengakrabkan silaturahim. Ada juga yang membuat video demo masak di laman youtube dan Afreeca TV. Ada juga yang suka memasak dan makan dengan menghasilkan program Mokbang yang gemar ditonton oleh orang Korea secara online di Afreeca TV.

Artikel Berkaitan

Copy link