Nanen Solo! 10 Tanda Orang Korea Masih Single & Cari Jodoh


Lagu Solo nyanyian ahli Blackpink iaitu Jennie semakin menjadi-jadi sehingga ramai peminat membuat parodi tarian lagu berkenaan mahupun menyanyikan semula lagu tersebut. Memetik bait lirik lagu tersebut iaitu Nanen Solo bererti Saya masih lagi single, ia cukup menggambarkan bahawa ramai orang Korea berstatus solo.

 

Jennie Blackpink penyanyi asal Solo.

Difahamkan, lagu ini menjadi popular di Korea bukan saja muziknya yang sedap didengar serta dinyanyikannya Jennie. Sebaliknya, maksud lirik lagu Solo begitu sinis dan sesuai dengan masyarkat Korea pada masa kini yang lebih selesa hidup solo berbanding berumahtangga.

 

Pun begitu, untuk mengenal pasti orang Korea yang masih solo dari segi faktor umur dan fizikal adalah amat sukar sekali kerana orang Korea begitu awet muda dan jaga penampilan. Secara puratanya, orang Korea hanya akan kelihatan sudah berusia jika mereka sudah pun mencecah usia 45 tahun ke atas.

 

Budaya Sogaeting atau blind date popuar di kalangan orang Korea.

Walaubagaimanapun, EH! KOREA BUZZ dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tanda orang Korea masih lagi single dan sedang mencari teman hidup bersandarkan perbuatan dan karaktor yang kerap dilakukan oleh orang Korea yang berstatus bujang. Siapa tahu dia jodoh anda?

Berikut adalah 10 tanda orang Korea yang masih lagi solo yang dikongsi sendiri oleh warga Korea. Adakah anda mengenal individu yang memiliki ciri di bawah ini?

6 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

6.Gemar Menonton Wayang

Orang bujang Korea suka ke panggung wayang untuk menonton filem terbaru. Ada juga yang suka terperap di rumah dengan hanya menonton filem kegeraman mereka berulang kali. Paling banyak, mereka akak kerap ke DVD Bang (Bilik menonton DVD) iaitu pusat menonton filem kegemaran seperti di rumah dengan kualiti pawagam. Kebiasaan mereka lebih suka pergi secara berkumpulan kerana di DVD Bang, anda bukan saja boleh menonton filem tetapi boleh membuat aktiviti santai secara bebas.

Artikel Berkaitan

Copy link