Nanen Solo! 10 Tanda Orang Korea Masih Single & Cari Jodoh


Lagu Solo nyanyian ahli Blackpink iaitu Jennie semakin menjadi-jadi sehingga ramai peminat membuat parodi tarian lagu berkenaan mahupun menyanyikan semula lagu tersebut. Memetik bait lirik lagu tersebut iaitu Nanen Solo bererti Saya masih lagi single, ia cukup menggambarkan bahawa ramai orang Korea berstatus solo.

 

Jennie Blackpink penyanyi asal Solo.

Difahamkan, lagu ini menjadi popular di Korea bukan saja muziknya yang sedap didengar serta dinyanyikannya Jennie. Sebaliknya, maksud lirik lagu Solo begitu sinis dan sesuai dengan masyarkat Korea pada masa kini yang lebih selesa hidup solo berbanding berumahtangga.

 

Pun begitu, untuk mengenal pasti orang Korea yang masih solo dari segi faktor umur dan fizikal adalah amat sukar sekali kerana orang Korea begitu awet muda dan jaga penampilan. Secara puratanya, orang Korea hanya akan kelihatan sudah berusia jika mereka sudah pun mencecah usia 45 tahun ke atas.

 

Budaya Sogaeting atau blind date popuar di kalangan orang Korea.

Walaubagaimanapun, EH! KOREA BUZZ dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tanda orang Korea masih lagi single dan sedang mencari teman hidup bersandarkan perbuatan dan karaktor yang kerap dilakukan oleh orang Korea yang berstatus bujang. Siapa tahu dia jodoh anda?

Berikut adalah 10 tanda orang Korea yang masih lagi solo yang dikongsi sendiri oleh warga Korea. Adakah anda mengenal individu yang memiliki ciri di bawah ini?

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. Menjadi Penunggu Cafe

Ramai golongan bujang di Korea lebih suka terperap dan duduk di Cafe. Mereka sanggup duduk satu hari dengan hanya secawan kopi dan teh saja. Mereka seperti menunggu seseorang padahal suka melihat gelagat orang lain yang berkunjung ke Cafe tersebut. Menyedari hakikat ini, aktiviti seperti language Exchange kerap diadakan di Cafe bagi memberi peluang orang bujang mendapat kenalan baru selain lepak di Cafe. Jadi tidak hairanlah juga, Korea mempunyai pelbagai Coffee Shop dan cafe.

Artikel Berkaitan

Copy link