Palli-Palli, Park Bo Gum Cari 3 Couple Untuk Berjumpanya Di KLCC Pada 30 Mac Ini !

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nama pelakon kacak, Park Bo Gum mula menawan hati ramai wanita di seluruh Asia apabila dia menjadi hero drama Korea berjudul Love In The Moonlight. Atas dasar itu, Bo Gum yang mempunyai senyuman menggoda ini di label sebagai Prince Of Korea. Tambah menarik lagi, Bo Gum sekali lagi membuat ramai gadis tergoda dengan penampilan terbarunya dalam drama Encounter bersama aktres jelita, So Hye Kyo sehingga gelaran Prince Of Korea yang dipegangnya berubah menjadi National Boyfriend (BF).

 

Bogum teruja untuk bertemu peminatnya di Malaysia.

 

Bagi menghargai peminatnya di seluruh asia, Bogum terus mengatur langkah menjejaki peminatnya menerusi sesi jelajah Asia 2019 sebaik saja tamat drama Encounter. Siri jelajah ini telah dimulai di Seoul pada 26 Januari lalu. Memandangkan Bogum pernah hadir ke Malaysia untuk sesi fans meeting dua tahun lalu dengan sambutan hangat, kawan baik kepada V BTS ini akan bertemu peminat di Malaysia yang dijadualkan pada 30 Mac 2019 bertempat di Dewan Plenari, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 

Penampilan Bogum bersama So Hye Kyo.

 

Sesi jelajah yang diberi nama Park Bo Gum Asia Tour in Malaysia – Good Day: May Your Everyday be a good day, Bogum bakal menyajikan satu hidangan istimewa untuk peminatnya iaitu sesi High Touch Time. Perkara ini telah disahkan oleh penganjur iaitu Love Live Entertainment (Asia) dan AC Music Entertainment yang mengumumkan tiket untuk acara tersebut terbahagi kepada RM390, RM490, RM590, dan RM 690 (tidak termasuk RM4.00 yuran pemprosesan). Tiket sudah pun mula dijual di laman web TicketCharge . Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan sesi jelajah tersebut sila layari AC Music Entertaiment – Malaysia Facebook Page. Lebih istimewa lagi, pihak penganjur menyediakan promosi khas dengan hanya masukkan kod promo “PBG20” untuk dapatkan diskaun tiket 20% di sini.

 

Bogum pernah ke Malaysia pada Mac 2018 dan kembali ke Malayia pada 31 Mac 2019.

 

Mengimbas kembali kedatangan Bogum di Malaysia, jejaka kacak ini telah membuatkan peminat tidak senang duduk apabila dia telah tampil berbaju Melayu sehingga foto tersebut tular di seluruh negara. Oleh itu, sesi jelajah kali ini dirasakan lebih menarik kerana Bogum gemar membuat kejutan demi peminatnya.

 

Bersama sahabat baik iaitu V BTS.

Apa yang pasti, Bogum telah memberi penghormatan buat EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A untuk memilih 3 pasangan peminatnya di Malaysia untuk mendapatkan 3 pasang tiket percuma untuk bertemunya di KLCC pada 30 Mac ini. Namun, peminat tersebut perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

 

Jadi seandainya anda berminat untuk menjadi 3 Couple yang dicari Bogum, sila pastikan anda mengikuti syarat yang telah ditetapkan di bawah ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mac 2019.

 

 

Sila pastikan anda mengisi borang ini dan menghantar slogan kreatif yang mempunyai perkataan Good Day, Bogum dan Korea Buzz By Hyunmin-A.

 

 

Saya Couple Pilihan Park Bogum

Saya Couple Pilihan Park Bogum

 

Syarat penyertaan
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Anda perlu like Facebook EH! & Korea Buzz dengan memberikan comment Good Bogum di artikel berkaitan acara ini.
3. Anda juga perlu follow IG Hyunmin-A
4. Kongsi artikel acara ini di laman facebook dan twitter dengan #BogumKoreaBuzz
5. Kongsi video ucapan Bogum di Laman Facebook AC Music Entertainmet ke sosial media facebook dan twitter.

 

Pemenang bagi peraduan ini bakal dinilai menerusi slogan paling kreatif serta perkongsian terbanyak di laman sosial mengenai artikel ini.
Tarikh tutup penyertaan pada 26 Mac 2019.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link