Orang Korea Dedah Inilah 11 Atlet Korea Yang Hot Di Sukan Asia 2018. Anda Setuju?

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasukan Korea Selatan di arena Sukan Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta dan Palembang, Indonesia bermula 18 Ogos sehingga 2 September ini sememangnya mendapat perhatian ramai peminat sukan dunia. Malah, boleh dikatakan hampir kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Korea pasti mengundang bilangan penyokong yang ramai.

 

 

Penyokong tersebut bukan saja berasal dari Korea sebaliknya ia terdiri daripada peminat K-POP dan Hallyu seluruh Asia. Dek penangan dunia hiburan Korea itu, setiap pertempuran yang membabitkan Korea Selatan meriah dengan sorakan penonton seperti menonton konsert bintang K-POP yang sering diwarnai dengan jeritan peminat.

 

Selain prestasi atlet Korea yang terus menyinar dan meningkat naik, sokongan dari peminat tegar Korea juga memainkan peranan penting sehingga pasukan ini berjaya meraih banyak pingat dan sehingga kini menempatkan mereka ditangga ke 3 teratas. Difahamkan, penonton sukan Asia 2018 sangat teruja apabila melihat ramai atlet Korea yang kacak dan menawan seperti Selebriti Korea terkenal.

 

 

Sekali pandang macam pelakon tetapi dia adalah atlet taekwondo.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai atlet Korea turut mendapat perhatian seperti bintang Korea. Disamping itu, EH! KOREA BUZZ telah menyenaraikan 10 atlet lelaki Korea yang popular bukan saja kerana menang pingat. Mereka turut popular dan mendapat perhatian kerana wajah, penampilan dan susuk tubuh yang menawan. Apa yang pasti, senarai 11 Atlet ini diperakui oleh orang Korea yang mengatakan mereka juga sangat popular dan disegani di Korea Selatan. Jom ke sebelah, untuk kenali siapakah 10 atlet berkenaan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link