Orang Korea Sangat Obses Pada 7 Warna Rambut Ini!

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kebanyakkan artis di Korea berani tampil dengan imej yang berlainan setiap kali muncul dengan imej terbaru. Untuk itu, selain menampilkan solekan yang berbeza, warna rambut juga memainkan peranan penting. Ianya bukan saja untuk selebriti wanita tetapi juga selebriti lelaki.

 

G Dragon adalah artis lelaki di Korea yang gemar menukar warna rambutnya.

 

Bagaimanapun, ia sering dilihat pada artis K-POP berbanding pelakon drama mahupun filem. Pun begitu, untuk pelakon wanita, mereka akan mewarnakan rambut mengikut kesesuaian watak sama ada mahu kelihatan lebih muda atau nampak lebih matang. Pengaruh dari selebriti ini juga merangsang anak muda di Korea untuk merubah wajah mereka dengan mewarnakan rambut. Malah, ada juga yang berani menukar warna setiap kali bertukar musim. Jadi, tidak hairanlah, ramai orang Korea gemar menukar warna rambut mengikut trend terkini.

 

Suzy juga antara pelakon wanita yang kerap menukar warna rambut demi menjiwai watak.

 

Oleh itu, kami lampirkan 7 warna rambut yang menjadi pilihan orang Korea pada setiap musim. Siapa tahu warna ini membuatkan anda tampak lebih yakin.

Share via
Copy link