Ramai Cair Tatap V, Jin BTS Serta Bintang K-POP Pakai Serban & Jubah

Sempena Ramadhan, ramai peminat terujat melihat dan menatap foto ahli BTS yang banyak kali merangkul gelaran Lelaki Paling Kacak dunia iaitu V bersama ahli kumpulannya Jin yang digelar WorldWide Handsome mengenakan Serban. Difahamkan foto tersebut telah menjadi viral apabila media arab telah menyiarkan di laman media.

Menurut informasi, foto yang dirakam secara kandid itu bukanlah suntingan tetapi telah sempat dirakam beberapa juru kamera sewaktu mereka berkunjung ke Arab untuk mengadakan persembahan dan rakaman muzik video.

 

Foto V yang tular Ramadhan lalu dengan mengenakan baju Melayu.

Ini merupakan kali kedua V viral dibulan puasa apabila kali pertama dia telah viral mengenakan baju Melayu putih yang dikirimkan peminat dari Malaysia. Mengimbas kembali kisah tersebut, baju Melayu tersebut telah dibeli di Jakel dan ia adalah siri baju melayu Dato Aaron Aziz.

 

Selain ahli BTS, foto yang turut viral adalah dua penyanyi K-POP yang pernah datang ke Malaysia iaitu Eric Nam dan Henry. Menariknya, foto henry persis putera Arab kerana dia lengkap berserban dan berjubah putih. Ia turut sama dipakai lengkap oleh ahli Seventeen dan ahli kumpulan Monsta X.

 

Istimewa buat anda, KOREA BUZZ kongsikan foto-foto tersebut. Anda rasa siapakah yang paling sesuai digelar Putera Arab Korea?

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via
Copy link