Sah Datang KL, Simon Park (DMTN) Nak Hangout Dengan Fans Malaysia 24 Feb Ini!

Bintang K-POP yang lama menyepi dari pentas muzik Korea, Park Jun Ho atau nama komersilnya Simon Park membuat kejutan dengan menjengah beberapa negara Asia Tenggara untuk bertemu dengan peminatnya. Bermula dengan Indonesia, Filipina dan terbaru Singapura, Simon telah mengesahkan hasrat tersebut kepada sahabat industri Kpop iaitu Hyunmin-A yang hadir ke sesi bertemu peminat di Singapura atas jemputan Simon sendiri.

 

Simon bersama Hyunmin-A.

 

Dalam pertemuan tersebut, Simon memaklumkan dia teringin sangat untuk beramah mesra dengan peminat di Malaysia terutama sekali peminat kumpulannya iaitu Dalmation (DMTN). Malah dia mengakui semua ahli DMTN termasuk dirinya sangat terkejut mengenai berita perkahwinan ahli DMTN iaitu Daniel.

 

 

“Saya ingin berborak dan berkongsi cerita dengan peminat di Malaysia. Saya juga menerima banyak mesej dari peminat Malaysia. Saya sangat teruja untuk bertemu mereka pada 24 Februari ini ditempat yang akan diumumkan nanti,” katanya dengan nada teruja.

 

Suasana fans meeting di Singapura.

 

Seramai 50 orang peminat Singapura yang hadir pada majlis berkenaan Sabtu lalu begitu bertuah kerana mereka berpeluang bergambar, menerima autograph dan berborak dengan Simon. Lebih menarik, mereka turut dapat bercakap dengan 2 ahli Dalmation yang lain iaitu Daniel dan Jisu menerusi video call.

 

Daniel DMTN.

“Wow! Ramai betul peminat Singapura. Sekarang ini kami semua sedang sibuk dengan lagu baru DMTN. Kami tahu anda semua telah lama menunggu kami kan. Apa yang pasti, lagu berkenaan lain dari lagu kami sebelum ini. Harap anda semua dapat menunggu dan terus menyokong kami,” ujar Daniel yang fasih berbahasa English.

 

Jisu DMTN.

 

Sewaktu sesi bertemu peminat di Kota Singa, Simon sempat berkongsi sebuah projek besar di bawah kelolaannya. Malah, dia juga mengatakan selain sibuk menerbitkan album artis Korea, Jepun dan artis barat, dia masih lagi aktif sebagai penyanyi. Malah, dia turut menyanyikan sebuah lagu solonya istimewa buat peminat Singapura.

 

Status kumpulan DMTN terjawab sudah.

 

Bagi menunaikan hasrat Simon yang ingin bertemu peminat Malaysia, anda bolehlah nantikan pengumuman rasmi dari Simon di laman sosial facebook, twitter dan Instagram rasmi miliknya dalam waktu terdekat. Semoga anda semua dapat bergembira bersama jejaka kacak kacukan Korea dan Jepun ini pada 24 Februari ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link