Serius ke Fans Tegar K-POP Mahu Boikot WKNDFEST Walau Ada iKON & Mamamoo?

Pada tanggal 1 September 2019, buat julung kalinya WKNDFEST anjuran bersama Livescape bakal menyatukan ramai bintang ternama K-POP dalam sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena Malaysia bermula jam 2 petang.

 

 

Bersandarkan pengumuman rasmi yang telah dibuat menerusi laman twitter, konsert ini bakal menampilkan 7 nama hebat dipentas K-POP seperti iKON, Mamamoo, Momoland dan (G)I-DLE yang telah pun disahkan pada pengumuman peringkat pertama. Namun, tiga lagi nama artis masih belum diumumkan lagi.

 

Kumpulan pertama yang diumumkan terlibat.

 

Bagaimanapun, pengumuman yang telah dibuat sejak Mei lalu difahamkan mendapat banyak respon negatif dari peminat fanatik K-POP sendiri. Malah, banyak juga peminat tegar meragui penganjuran WKNDFEST. Sehingga saat ini, festival ini masih lagi belum menerima impak besar walaupun penganjur dilihat telah membuat pelbagai promosi secara besar-besaran.

 

Momoland.

 

Difahamkan, peminat tegar K-POP bukan sengaja mahu memboikot konsert ini tetapi mereka kecewa dengan beberapa tindakan pihak penganjur yang boleh menjatuhkan imej artis K-POP yang terlibat termasuklah nama negara yang sering saja tidak mendapat pilihan artis K-POP jika mengadakan konsert jelajah di seluruh asia atau pun asia tenggara. Malah, jaminan festival ini untuk dibatalkan pada saat akhir berkemungkinan besar bakal berlaku memandangkan banyak kes dan bukti konsert K-POP dibatalkan beberapa hari menjelang hari penganjuran di Malaysia.

 

Mamamoo.

 

Pada kebiasaannya, tindakan memboikot konsert K-POP dilakukan oleh haters K-POP tetapi kali ini ianya agak pelik kerana hasrat ini datang sendiri dari peminat K-POP yang identiti mereka sebenarnya tidak kenal erti putus asa menyokong konsert artis K-POP tidak kiralah nama besar atau pun baru dalam persada seni Korea.

 

 

Bagi mengenal pasti punca sebenar kebarangkalian konsert ini diboikot, pihak EH! KOREA BUZZ telah mendapatkan beberapa rumusan sebab dan musibab mereka mahu memboikot WKND FEST. Berikut adalah 10 sebab itu.

 

 

  1. Harga tiket yang terlalu mahal berbanding konsert K-POP sebelum ini.

  2. Memakan masa yang lama tidak kira dari segi menunggu pengumuman atau penganjuran.

  3. Perbezaan darjat ketara dari golongan atasan dengan orang biasa.

  4. Peluang tipis untuk berjumpa Idola atas dasar reka bentuk pentas dan kelebihan diberikan pada VVIP yang boleh ke belakang pentas.

  5. Status syarikat penganjur yang diragui dan CEO terdiri daripada golongan anak-anak orang kaya dan ternama.

  6. Sistem penjualan tiket yang gagal dan diragui.

  7. Pengumuman artis peringkat kedua yang ditangguhkan sehingga kini walaupun sudah beberapa kali berjanji.

  8. Pengumuman iKON dengan pengunduran ahli bernama Hanbin atau B.I yang terlibat kes dadah.

  9. Video greeting artis terlibat tidak lengkap.

  10. Tarikh 1 September yang jatuh sama tarikh dengan sambutan awal Muharram.

 

 

Disamping itu, penganjur turut mengundang kemarahan peminat sebaik saja susun atur pentas disiarkan. Melihat kedudukan tempat duduk, peminat dapat menghidu ia banyak memberi keistimewaan kepada kroni pengajur saja. Walaupun akur dengan give away kepada mereka yang membeli tiket paling mahal, tetapi peluang berjumpa artis sangat rendah dan mereka hanya boleh berjumpa satu artis saja padahal ada 7 artis yang terlibat.

 

Walaupun pelbagai aduan diterima untuk festival ini, ia boleh dianggap sebagai satu peluang besar dan bukanlah ancaman bagi penganjur untuk memperbaiki kelemahan. Malah, ia juga secara tidak langsung sebagai tindakan ambil berat peminat yang mahu konsert K-POP dianjurkan di Malaysia dengan jayanya.

 

 

Oleh itu, banyak pihak masih lagi menunggu kata putus rasmi dari penganjur sama ada aduan boikot ini bakal berlaku atau pun ia sekadar agenda provokasi saja. Yang penting, EH! KOREA BUZZ tahu bukan mudah untuk menyatukan ramai artis K-POP dalam satu pentas. Harap kes ini dapat diselesaikan sebelum menjelang konsert nanti.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link