Siapa Minat iKON? Ini 10 Sisi Lain Tentang Bobby Buat Anda Terkejut!

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Anak didik YG ENTERTAINMENT, iKON yang dibarisi B.I, Bobby, Ji Hwan, Jun Hoe, Chan Woo, Yun Hyeong dan Dong Hyuk kerap mencetuskan fenoma baru dan sering saja muncul dengan material lagu yang unik dan menarik perhatian netizen serta peminat K-POP sendiri. Tidak kiralah peminat dari Korea mahu pun peminat antarabangsa.

 

 

Salah satu faktor kejayaan iKON bukan saja datang dari formula terbaik dari YG ENTERTAINMENT. Kumpulan iKON yang terdiri dari 7 anak muda ini mempunyai dua rapper terbaik Korea iaitu B.I dan Bobby. Ada segelintir pihak menganggap iKON adalah pasal mereka berdua kerana pasangan rapper ini sememangnya tunjang utama iKON. Yelah, merekalah yang sering saja bersengkang mata dalam mencari dan mengubah lagu terbaik untuk iKON.

 

 

B.I

 

Berbanding B.I, Bobby lebih popular dan popularitinya mengatasi kumpulan iKON sendiri. Tanggapan ini dibuat kerana Bobby bijak berbahasa Inggeris memandangkan dia membesar di Fairfax, Virginia, Amerika Syarikat sehingga berusia 15 tahun. Dia telah berpindah semula ke Korea sewaktu umurnya 16 tahun dan namanya terus besar apabila menjuarai program SHOW ME THE MONEY sewaktu dia berusia 18 tahun.

 

Kim Ji Won atau Bobby.

Bagi mendekatkan diri anda dengan Bobby atau nama sebenarnya KIM JI WON, EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A dedahkan rahsia dan dimensi lain tentang figura ini secara eksklusif buat anda. Jom lihat di sebelah.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link