Mampukah ‘Prince Charming’ Korea Memikat Hati Anda?

Setiap gadis pastinya mengidamkan teman lelaki yang bergelar Putera Raja. Namun, ia mungkin hanyalah khayalan semata-mata kerana tidak semua negara di seluruh dunia memiliki Putera Raja. Di Korea Selatan contohnya, ramai gadis hanya mampu bermimpi saja kerana mereka sudah tidak mempunyai Raja lagi. Yang tinggal hanyalah sejarah saja.

 

 

 

Bagaimanapun, mereka masih lagi mempunyai ramai Putera Mahkota yang kacak lagi menawan yang terdiri daripada golongan pelakon popular Korea. Malah, banyak aktor telah memainkan peranan sebagai Putera Raja memandangkan terdapat produksi TV yang gemar menampilkan cerita epik yang mengangkat zaman kegemilangan dinasti Raja Korea.

 

 

Sungguhpun begitu, hanya segelintir saja pelakon lelaki yang berjaya memainkan peranan Putera Raja Korea dengan baik. Malah, ada yang lebih menonjol sebagai watak Putera Mahkota berbanding watak lain. Dalam erti kata lain, setiap kali ada filem dan drama baru yang menampilkan watak dari kaum kerabat di raja, pastinya nama-nama ini bakal dicalonkan.

 

 

Oleh itu, istimewa untuk anda, EH! Korea Buzz tampilkan 10 Prince Charming Korea yang pastinya menggoda hati anda. Jom Kenali dan undi siapakah yang paling menawan serta layak bergelar Prince Charming Made In Korea!

 

  

  

  

  

  

Sila undi Putera Mahkota Korea Pilihan Anda Di Sini.

 

 

Siapakah Prince Charming Korea Yang Menggoda Hati Anda?

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link