#COVID19: Tanpa Majlis Kahwin, So Ji Sub Sah Jadi Suami & Derma 50 Juta Won

Akhirnya, hero kacak Korea, So Ji Sub terkeluar dari senarai aktor bujang berumur lebih 40 tahun ke atas apabila dia telah disahkan berkahwin pada 7 April 2020. Pelakon yang popular dengan drama Oh! My Venus ini telah berkahwin dengan bekas personaliti TV, Cho Eun Jung dengan hanya mendaftarkan perkahwinan mereka tanpa ada majlis perkahwinan.


Perkara tersebut telah disahkan pihak pengurusan So Ji Sub iaitu 51k. Difahamkan, pasangan bahagia ini telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan majlis berikutan wabak Covid yang menular di seluruh dunia termasuk Korea Selatan.

 

Hubungan cinta pasangan ini mula dikesan pertengahan 2019 yang terus membuatkan mereka mengumumkan secara rasmi bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Di sebalik perkahwinan tanpa ada majlis ini, So Ji Sub telah menderma sejumlah wang sebanyak KR50 Juta Won kepada rakyat terutama sekali bagi mereka yang menghadapi masalah menyediakan alatan pendidikan seperti komputer, tablet dan sebagainya.

Pada awalnya, So Ji Sub amat berat untuk mengumumkan perkahwinan ini atas sebab isterinya itu bukanlah datang dari kalangan selebriti. Namun, untuk tidak mengecewakan ramai pihak terutama sekali peminatnya, So Ji Sub mengesahkan perkahwinan tersebut dan berjanji akan terus berbakti untuk menjadi anak seni yang baik dengan melaksanakan pelbagai aktiviti positif.

So Ji Sub telah berjumpa dengan isterinya ketika menyertai program Access Showbizz Tonight yang mana waktu itu Eun Jung adalah wartawan untuk program berkenaan. Sebelum bergelar wartawan, isterinya itu debut di kaca TV pada 2014 sebagai pengacara untuk OGN‘s League of Legends.

 


Kini, peminat So Ji Sub gembira akhirnya aktor mereka ini sudah mempunyai pasangan hidup dan tidak lagi kesunyian dengan hanya ditemani set penggambaran saja. Semoga perkahwinan kekal dan dikurniakan anak yang comel seperti ayah dan ibunya.

 

Share via
Copy link