Stay Home, Boleh Cuba 12 Aktiviti Orang Korea Berada Di Rumah Sepanjang Masa!

Pada kebiasaannya, jika mempunyai waktu terluang dan cuti, ramai orang akan memilih untuk melancong dan pulang ke kampung halaman. Aktiviti seperti itu sudah menjadi resam bagi masyarakat dunia terutama sekali masyarakat tempatan apatah lagi kepada mereka yang duduk di tengah ibu kota yang di kelilingi dengan kesesakan lalulintas dan program.

Namun, aktiviti ini tidak digalakkan dan boleh mengundang bahaya dalam keadaan serangan virus Covid-19 yang merebak seluruh dunia. Pendekatan kawalan pergerakan yang diumumkan pihak kerajaan tempatan mendorong masyarakat runsing dan tidak senang duduk serta panik memikir aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang hari dirumah.

 

Untuk membantu melegakan kerunsingan itu, EH! KOREA BUZZ kongsi serba sikit 10 aktiviti di rumah yang sering dilakukan orang Korea. Mungkin aktiviti ini boleh dicuba dan membantu anda mengisi masa lapang sepanjang tempoh gerakan kawalan ini.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

1. Memasak
Aktiviti memasak bersama keluarga sering dilakukan oleh orang Korea. Jika mempunyai waktu bersama, mereka gemar menyediakan kimchi bersama. Aktiviti ini selalunya dilakukan apabila musim perayaan. Namun, ada sebilangan keluarga di Korea menjadikan tradisi memasak untuk merapatkan silaturahim. Apabila di rumah, mereka akan menggunakan masa untuk masak bersama. Anda juga boleh lihat aktiviti memasak ini dalam program variasi Korea seperti The Return Of Superman, 3 Days 2 Night dan macam-macam lagi.

Share via
Copy link