Syok Dapat Makeover Gaya BTS, Black Pink, Red Velvet & Kang Daniel Dari Selebriti MUA

Tidak dapat dinafikan, bukan saja pakaian ala bintang K-POP menjadi ikutan peminat, bahkan solekan ala bintang Korea turut mendapat permintaan banyak dari penggemar kosmetik Korea. Perkara ini diperakui sendiri ramai makeup artis (MUA) tempatan termasuklah MUA Selebriti Emel Ismail yang banyak mendandan selebriti popular tanahair.

 

 

Terlalu ramai mencuba untuk makeup ala Korea tetapi ramai tersilap langkah jika tidak mengetahui asas solekan Korea. Walaupun anda menggunakan kosmetik dan produk kecantikan Korea, ia tidak bermakna anda boleh mendapat hasil yang sama seperti bintang Korea jika tidak ketahui teknik yang betul.

 

 

Emel Ismail bersama Fattah Amin dan Johan.

 

Memahami kehendak dan permintaan peminat solekan Korea terutama sekali fanatik K-POP dan K-Drama, EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A bakal mengadakan sesi make over bersama Emel Ismail dan penasihat kecantikan Korea pada 10 Julai 2019 di Kuala Lumpur.

 

Solekan V BTS Sering menjadi ikutan.

 

Menariknya, sesi makeover ini bakal memilih empat orang individu bertuah untuk di makeover seperti V BTS, Irene Red Velvet, Kang Daniel dan Jennie Black Pink. Solekan empat figura ini menjadi pilihan kerana kesemua ikon ini bukan saja hebat dan terkenal kerana kecantikan dan kekacakan mereka, tetapi mereka turut tular dan menjadi idola ramai disebabkan solekan mereka yang senantiasa menarik.

 

Ramai lelaki Korea gemar makeup seperti Kang Daniel.

 

Selain itu, mereka turut berpeluang mempelajari cara yang betul untuk bersolek seperti orang Korea. Di samping itu, individu bertuah bakal memenangi hadiah dari kosmetik Korea iaitu PURE THEORY. Sesi K-POP MAKEOVER ini dibuat secara percuma yang mana penyertaan perlulah dihantar menerusi whatsapp saja.

 

Jennie Black Pink (kiri) dan Irene Red Velvet yang popular kerana kecantikan mereka.

 

Peserta yang terpilih akan dihubungi pihak penganjur dan mengikut syarat yang ditetapkan. Oleh itu, kepada yang berminat silalah menghantar penyertaan yang tertera di poster sekarang kerana ia terhad untuk dua lelaki dan dua perempuan saja. Sebarang maklum balas anda bolehlah hubungi sendiri nombor tersebut. Selamat mencuba.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link