Syoknya Guna 10 Aplikasi Popular Korea Pilihan Selebriti & Masyarakat Korea!

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tahukah anda, selain maju dengan muzik K-POP, drama, barangan kecantikan dan kosmetik, Korea Selatan juga telah menjadi antara negara yang maju dalam penggunaan internet. Kemajuan tersebut telah memberi keuntungan kepada rakyat Korea untuk menikmati jalur lebar 5G yang sememangnya laju.

 

Gelagat BTS gunakan aplikasi online.

Memandangkan Korea Selatan maju dalam perkhimatan jalur lebar, sudah pastinya pelbagai aplikasi online telah tercipta dan mendapat penggunaan yang banyak. Malah, hampir kesemua orang Korea boleh bernafas lega dengan mempunyai aplikasi yang memudahkan hidup mereka.

 

Bukan saja generasi muda, generasi senior juga aktif menggunakan aplikasi.

Aplikasi online bukan lagi satu kehendak di Korea sebaliknya ia telah menjadi satu keperluan. Jika diperhatikan, kehidupan masyarakat Korea seperti robot yang hidup berpandukan sistem aplikasi. Jadi, jangan terkejut kalau jumpa orang Korea di mana-mana negara, mereka akan bertanya ada wifi atau pun tidak. Malah, orang Korea lebih suka melancong di negara yang mempunyai kemudahan internet yang bagus.

 

Setiap masa, aplikasi tidak pernah lekang dari mata orang Korea.

Istimewa untuk anda, EH! KOREA BUZZ lampirkan 10 aplikasi paling popular di Korea. Aplikasi ini adalah aplikasi yang digunakan hampir ke semua orang Korea termasuklah golongan Selebriti. Malah, aplikasi ini mempunyai kehebatan sama dengan aplikasi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. Jom ke sebelah untuk ketahuinya…

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link