Terpaksa ‘Puasa’, 10 Perubahan Ketara Apabila Korea Diserang Teruk Covid-19

Kenaikan kes Covid-19 secara mendadak di Korea Selatan bukan saja membuatkan ramai warga korea risau dan tidak senang duduk. Bahkan, kehidupan harian mereka menjadi berubah 360 darjah. Walaupun Korea adalah negara Asia yang paling maju sekarang ini, namun kes Corona Virus ternyata merubah segala-galanya.

Kecanggihan dan kepakaran yang dimiliki mereka masih belum mampu menangani kes Covid-19 yang mula tersebar dari negara China. Dalam sibuk membanteras isu penyakit ini, ramai orang Korea merasai perbezaan hidup dalam tempoh kurang dari sebulan saja. Pun begitu, dikenali dengan semangat kerjasama dan saling bantu membantu, warga Korea tetap tabah menangani masalah tersebut dan ikut saja saranan yang dikeluarkan pihak kerajaan.

 

Sungguhpun sebelum ini Korea sudah biasa dengan kesenangan kecanggihan teknologi mereka, kini mereka terpaksa ‘Puasa’ dari kecanggihan dan kemudahan yang sedia ada. Menyingkap perubahan tersebut, EH! KOREA BUZZ kongsikan 10 perubahan ketara yang dialami oleh orang Korea akibat penularan wabak virus Covid-19.

 

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.Orang Korea tidak dibenarkan keluar bersiar-siar dan berjalan kaki di kaki lima. Mereka juga tidak dibenarkan keluar santai dan berkelah di taman rekreasi.

Share via
Copy link