X-FILES K: Cemburu Sesama Lelaki, “Tak Kisahlah Aku Dapat Bekas Kau!”

“Pelik benar aku melihat lelaki itu. Setiap kali aku pergi ke program komuniti, dia pasti dikelilingi wanita. Nak kata dia kacak atau seksi, bagi aku dia biasa-biasa saja. Aku geram melihatnya,” kata seorang lelaki Korea yang sudah bertahun menyertai kelab komuniti demi mencari cinta sejati.

 

Kerana cemburu dengan lelaki tersebut, Dugun mengambil keputusan untuk akrab dengan lelaki itu yang bernama Wozi. Tanpa menghiraukan orang lain, Dugun terus menegur Wozi…

 

Foto hiasan gambaran program komuniti Korea.

“Hey, Kau ni Playboy ke? Semua perempuan suka dekat kau. Cuba kongsi sikit tips, aku pun nak jadi macam kau juga,” tegur Dugun.

 

Terkejut dengan pertanyaan dari Dugun, Wozi senyum dan gelak dengan pertanyaan tersebut. Malah dia tidak pula memarahi Dugun. Dengan tenang, Wozi berbual dengan Dugun sambil diselit pelbagai jenaka.

 

Selepas lebih sejam berbual, Dugun merasa pelik. Secara natural hatinya mula berubah dan semua perkara negatif yang dilontarkan kepada Wozi menjadi indah belaka. Sehinggakan Dugun merasakan hatinya pelik.

 

 

“Patutpun ramai wanita suka dengannya dia. Lama-lama aku tengok dia, kekacakan dia dari kata-kata dan tingkah lakunya. Lawak-lawak dia pula membuat hati tenang dan segala macam persoalan boleh terjawab. Kenapa hati aku berdebar-debar melihat dia? Adakah aku pun sudah jatuh hati dengannya? Tapi aku bukan homo, aku suka wanita. Tidak! Tidak,” hati Dugun yang penuh tanda tanya.

 

 

Selepas perkenalan pertama itu, setiap kali ada perjumpaan komuniti, Dugun pasti mahu menjalankan aktiviti dengan Wozi. Malah, Dugun pun pernah meluahkan hati dan tekanan hidup yang dihadapinya. Oleh itu, selepas tamat aktiviti komuniti, Dugun mengajak Wozi untuk makan bersama. Dari situlah Dugun memulakannya…

 

Gambar Hiasan lelaki Korea meluangkan masa bersama.

 

“Wozi. Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Ramai betul perempuan suka pada kau. Aku rasa aku ini lebih dulu join kumpulan komuniti ini. Tapi sejak kau join, semua wanita pasti cakap pasal kau. Aku sampai sekarang tak dapat teman wanita lagi. Aku ingat, bila aku join program ini, dapatlah aku mencari pasangan hidup.

 

 

“Kau rasa aku ni hodoh sangat ke? Apa yang kurang pada aku? Aku pun dah bedah muka aku sikit. Tapi hasilnya tetap sama. Aku stress betullah. Kawan-kawan aku yang lain sudah ada teman wanita. Ada juga yang sudah banyak kali tukar wanita. Kau boleh tolong aku tak?

 

 

“Boleh tak kau pass awek yang kau dah tak mahu pada aku. Aku tak kisahlah dapat bekas kau. Asalkan aku dapat rasa sekali. Aku sanggup buat apa saja. Kalau boleh sekarang ini aku nak buat pembedahan plastik lagi dan jadi macam kau,” jelas Dugun yang betul-betul tertekan.

 

Tidak menyangka dengan kata-kata yang lahir dari mulut Dugun, Wozi memegang erat kedua tangan Dugun sambil menjelaskan perkara sebenar kepada Dugun.

 

Gambaran Dugun ditenangkan oleh Wozi.

“Kenapa kau cakap macam ni? Kau ni sedar atau tidak? Aku boleh tolong kau. Tapi aku harap kau jangan kecil hati dengan apa yang aku nak cakap pada engkau ni. Sebenarnya, sebelum kau tegur aku tempoh hari, aku ada banyak dengar cerita pasal kau.

 

“Ramai wanita yang join group kita cakap mereka tidak puas hati dengan kau. Semua cakap kau ni bukan ikhlas join aktiviti komuniti. Mereka tidak sampai hati nak cakap dengan kau sebabnya kau sering saja berteriak dan berlagak. Budak-budak lihat kau pun kalau boleh nak lari. Semua tahu, tujuan kau menyertai ini demi mencari teman wanita.

 

 

 

“Sebab itulah aku gelak bila kau tuduh aku playboy sedangkan orang lain kata kau ini kaki perempuan. Untuk pengetahuan kau, aku pun masih lagi single dan masih mencari teman wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Namun aku bukan terdesak. Memang benar ramai wanita dekati aku, tapi aku jadi diri sendiri dan layan mereka seperti keluarga.

 

“Aku tidak pernah kata aku kacak. Aku rasa kau lagi kacak dari aku. Aku pun tidak sangka pula kau sampai buat muka dan segalanya. Benda pertama silap kau adalah niat kau sertai group ini. Kemudian silap kedua kau bila kau buat wanita seperti barang niaga. Kau tidak boleh buat macam gitu,” terang Wozi.

 

 

Menangis mendengar apa yang dinasihatkan Wozi, Dugun amat terkejut dan tidak menyangka sikapnya itu rupanya membuat ramai wanita benci.

 

Gambaran keakraban sahabat lelaki di Korea.

“Boleh tak kau jadi boyfriend aku Wozi. Aku rasa tenang dengan kau. Aku tidak tahulah aku ni songsang atau tidak. Kadang tu aku terfikir untuk putus asa mencari teman wanita. Lebih baik cari teman lelaki,” ujar Dugun.

 

Jawab Wozi, “Kau ni biar betul. Aku bukan homo. Aku rasa kau ni kena cool dulu. Kau fikirlah masak-masak, apa yang kau dah buat selama ini. Betulkan apa yang patut, minta maaf kepada orang yang sepatutnya.

 

“Kejap lagi aku hantar kau balik. Aku pun tengok kau dah tidak bermaya. Aku pun minta maaf sebab tidak beritahu perkara ini dari awal lagi. Aku doakan perkara akan kembali okay seperti yang kamu mahukan,” jelas Wozi.

 

 

Selepas pertemuan itu, Dugun berehat seketika dari menyertai program berkenaan. Namun, dia sering chatting dengan Wozi. Hampir 6 bulan menyepi, Dugun menyertai semula aktiviti komuniti itu. Kali ini, Dugun lebih menjadi dirinya sendiri berbanding dulu yang mana dia seakan hipokrit depan wanita.

 

 

Selepas 3 bulan, Wozi sangat gembira apabila Dugun memberitahu bahawa dia akan bertunang dengan salah seorang ahli komuniti itu. Dugun berterima kasih kepada Wozi. Namun, pada hari perkahwinan Dugun, Wozi tidak dapat hadir kerana dia telah pergi buat selamanya. Ramai tidak tahu, Wozi mempunyai kanser tetapi dia berjaya menyembunyikan penderitaan tersebut dengan personaliti yang ceria dan menawan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link