X-FILES K Dedah Kisah Sahih, Pengakuan Berani, Skandal Dari Korea

EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A terus berkembang dan bakal menghidangkan anda dengan kisah benar dari Korea yang merangkumi semua golongan termasuklah bintang K-POP, selebriti, model dan masyarakat Korea yang boleh dijadikan penganjaran buat masyarakat antarabangsa terutama sekali Malaysia. Cerita benar yang dipetik dari pengakuan figura tertentu akan dikelolakan Hyunmin-A bersama pasukan kaunselor dari Korea menerusi segmen X-FILES KOREA BUZZ (X-FILES K).

 

Simbol yang akan menjejaki kisah benar dari dunia Korea.

Sungguhpun ianya ditulis dari pengakuan hasil temuramah dengan figura tersebut, pihak X-FILES K sama sekali tidak akan membuka aib individu tersebut. Artikel yang bakal disiarkan mulai Oktober ini diharap bakal mendapat respon positif sekaligus membantu mencegah aktiviti hitam.

 

Hyunmin-A dan pasukannya dari Korea akan cuba mengetengahkan kisah benar yang penuh dengan mesej.

 

Disamping itu, pihak X-FILES K juga membuka peluang anda untuk menghantarkan mesej dan permintaan terhadap jenis cerita yang ingin diketahui. Permintaan tersebut bakal terlaksana apabila pihak X-FILES menemui individu yang sudi berkongsi cerita benar berkaitan permintaan pembaca. Segala permintaan dan mesej tersebut boleh dikongsikan menerusi laman facebook rasmi EH! Dan Korea Buzz. Anda juga boleh DM secara terus Hyunmin-A di laman Instagram beliau iaitu Hyunmin_A.

 

Harus diingat, X-FILES K bukan saja mengupas dan mendedahkan isu berkenaan artis dan hiburan di Korea sebaliknya ia juga akan menyentuh segala cerita benar tentang Korea.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link