X-FILES K: Tanpa Sengaja Bosku Melacurkan Aku

“Aku anggap dia seperti bapaku sendiri. Aku akui tanpa dia, impian aku untuk menjadi bintang tidak tercapai. Namun, semakin hari aku semakin rungsing memikirkan masalah yang membelenggu diriku ini sejak hari pertama aku bergelar pelatih di syarikat miliknya itu.”

 

Gambar hiasan: Illustrasi oleh Kim Young Ju.

 

Inilah pembuka bicara dari seorang gadis cantik yang sudah lama memendam rasa dengan tingkah laku bosnya yang dianggap seperti bapanya sendiri. Jika dicanang nama figura cantik ini, pasti ramai terkejut dan tidak menyangka, disebalik senyum riangnya itu, terpalit kisah hitam yang sering saja menghantui dirinya. Walaupun ianya tidaklah seteruk yang disangka, namun masalah ini sedikit sebanyak memberikan tekanan buat dirinya yang tidak putus berusaha untuk mencipta nama di pentas seni.

 

“Sejujurnya, aku akui bahawa aku antara gadis yang bertuah di Korea kerana tanpa bakat yang besar, aku mampu dipilih sebagai artis dibawah lindungannya sekaligus berjaya mengeluarkan album penuh bersama sahabatku yang lain. Walaupun ramai yang memandang sinis dengan diriku sehingga melabelkan aku hanya dipilih kerana kecantikan yang aku miliki saja, ia tidak sekali pun mematahkan semangat aku untuk membuktikan bahawa diriku tidaklah seperti yang disangka.

 

“Oleh itu, aku tidak hairan dengan cemuhan tersebut dan terus menjalani hidupku sebagai seorang penyanyi. Aku tidak jemu berlatih setiap hari sehinggakan aku terlupa untuk makan, minum dan segala yang perlu aku jalani sebagai seorang remaja perempuan. Malah, aku terpaksa korbankan masa indahku bersama keluarga tercinta. Usaha aku berbaloi apabila aku berjaya mencipta nama atas kerjasama yang aku berikan dengan projek yang dijayakan.

 

“Namun, disebalik kejayaan tersebut, aku masih tertanya pada diriku…wajarkah aku simpan terus rahsia ini? Rahsia yang mungkin membuatkan orang lain marah pada diriku. Atau mungkin membuatkan orang lain melabelkan aku sebagai pelacur. Tolonglah! aku bukan pelacur…apa yang aku dapat harini aku usaha dan aku menjalani ujibakat yang sama seperti orang lain. Fikiranku sering terganggu dan akhirnya aku temui kenyakinan untuk bercerita hal yang berlaku ini.

 

“Jika aku terus simpan, mungkin perbuatan bosku yang dianggap ‘tuhan’ dalam syarikat boleh berpindah kepada orang lain. Mungkin lebih ramai lagi mangsa seperti diriku ini. Tujuan aku untuk mendedahkan cerita benar ini bukanlah untuk mengaibkan bosku… tetapi aku hanya mahu lelaki yang baik hati ini tidak lagi melakukan kesilapan tersebut.

 

“Walaupun dia lakukan kesalahan, dia tetap manusia dan perlu berubah demi keluarganya yang begitu baik. Namun, janganlah salah sangka, bosku tidaklah melakukan perbuatan sehingga mengambil daraku. Dalam erti kata lain merogolku. Pun begitu, sikapnya itu boleh dikategorikan kepada gangguan seksual.

 

“Sebenarnya sejak bertemu dirinya, bosku ini sering saja padang lain macam terhadap diriku. Walaupun ada kawan berkata, cara bosku sayang aku lain dari yang lain, namun aku menganggap kasih tersebut lebih kepada rasa ambil berat dari seorang bapa terhadap anak perempuan.

 

“Satu hari, sewaktu aku terserempak dengan dirinya secara kebetulan tanpa iringan sahabat lain, aku pun seperti biasa menyapa dan memberikan hormat kepada dirinya. Dia menyapa aku dan bertanya tentang perkembangan aku. Aku menjawab dengan tenang walaupun jauh disudut hatiku, rasa debaran yang sangat sukar untuk dikawal.

 

“Debaran ini bukan saja aku yang rasa. Boleh dikatakan, hampir semua artis dan juga kakitangan syarikat bersikap demikian apabila bertemunya. Bosku ini sangat tegas dan garang orangnya. Dia agak jarang untuk bersikap mesra dengan orang lain kecuali orang yang dia percaya dan rapat. Aku terfikir sejenak, adakah aku insan terpilih untuk dipercayainya?

 

“Perbualan aku dengannya selama 5 minit itu diakhiri dengan bosku yang mencubit dan meramas punggungku. Aku terkejut dengan sikapnya itu. Aku mahu menjerit dan menepis tapi apakan daya, aku hanya mampu diam saja kerana dia ‘Tuhan syarikat’. Namun, ku biarkan saja dan mungkin bosku itu tersalah pegang. Aku anggap ia seperti lawak saja. Namun, sejak hari itu, aku terfikir, kenapa dia bersikap demikian terhadap diriku? Sebelum ini, dia garang dan tidak seperamah itu.

 

“Semenjak insiden itu, bosku terus melayan aku sama dan lebih mesra lagi. Setiap kali bersemuka sejenak, pasti penamat perbualan kami diakhiri dengan bosku menyentuh dan meramas punggungku. Hatiku semakin gusar, kenapa bosku terus liar melakukan begitu. Adakah bosku anggap asetku ini sebagai mainan yoyo? Namun, aku tenangkan fikiran dan ambil logik saja. Yelah, sebelum ini, dia pernah tegur aku dan sahabatku yang lain tentang tarikan aset yang dimiliki aku dan kumpulanku.

 

“Tidak dapat dinafikan, dia pernah menasihatkan supaya aku jaga bentuk tubuhku terutama sekali dengan menampilkan punggung yang menarik. Mungkin, sebab itulah juga dia sering saja menyentuh punggungku sama ada mengalami perubahan atau tidak dengan pelaburan yang dia sudah lakukan untuk aku tampak lebih menarik dan seksi.

 

“Walaupun aku malu, tapi hatiku risau dan gusar. Apakah patut yang aku lakukan supaya perkara sebegini tidak lagi terjadi? Dan apa akan terjadi kalau ia sudah menjadi habit buat bosku. Aku betul-betul takut jikalau bosku melakukan perbuatan itu di depan orang lain.

 

“Firasat aku menjadi kenyataan apabila bosku tetap melakukan perkara yang sama terhadap diriku apabila aku dan rakanku terserampak dengan dirinya dihadapan bangunan syarikat. Apa yang dilakukan itu nampak sudah biasa dan lali buat dirinya. Tanpa mengambil pandangan orang lain, dia menyentuh punggungku depan kawan dan kakitangan lain. Aku terkesima dan menjadi takut. Aku tak tahu reaksi apa yang perlu aku lakukan.

 

“Selepas insiden itu berlaku di depan rakan dan beberapa kakitangan yang lain, aku menjadi tertekan kerana aku takut aku dikeluarkan dari kumpulanku itu. Tolonglah aku sayang kumpulanku itu….

 

“Cemuhan yang aku terima selama ini kembali hangat diperkatakan di kalangan pekerja syarikat. Lebih teruk lagi, ada yang memanggilku pelacur kelas pertama. Aku menangis seorang diri namun aku kuatkan semangat kerana aku bertuah ahli kumpulan aku yang lain tidak menganggap aku seperti itu. Mereka percaya aku.

 

“Selepas drama itu terjadi dan mendapat perhatian syarikat, bosku tidaklah kerap melakukan habit tersebut. Namun, aku yang merasa malu dan takut untuk bersemuka dengan dia serta ahli keluarganya yang lain, yang juga kakitangan syarikat tersebut. Apapun, aku terus hidup dan diam saja. Tapi aku tetap manusia, aku takut dan apa yang aku buat seperti diperhatikan orang lain. Perkara ini hanya kecoh di dalam syarikat kerana seandainya perkara ini diketahui umum, orang yang menyebarkan itu akan dihukum dan dibuang kerja. Oleh kerana bosku itu Tuhan Syarikat, semua orang senyap saja tetapi terus pandang sinis padaku bukan kepada bosku. Akukah yang bersalah?

 

“Selang beberapa bulan, syarikat aku kecoh dengan cerita bahawa seorang artis mahu menyaman bosku kerana gangguan seksual. Ramai mengingatkan aku yang melakukan tindakan tersebut. Namun, tindakan saman itu datang dari artis senior yang juga dibawah pengurusan yang sama. Menerusi laporan saman itu, bosku telah melakukan gangguan seksual dengan mengajak artis berkenaan melakukan seks.Malah, dia juga banyak kali telah menyentuh payudara artis berkenaan.

 

“Sejak kes saman itu diketahui umum dan kecoh, banyak cerita yang keluar tetang sikap sebenar bosku. Aku sama sekali tidak menyangka, disebalik wajah ikhlas dan baik hati itu, rupanya dia banyak melakukan perbuatan keji.Hatiku sangat lega kerana ia sedikit sebanyak membersihkan namaku. Dalam erti kata lain, apa yang terjadi pada diriku tidaklah seteruk seperti yang terjadi pada artis yang aku anggap kakak. Sejak dari tu juga, sistem pengurusan menjadi lain. Keselamatan artis lebih terjaga.

 

“Bosku yang aku hormati sebagai bapa juga sudah berubah sikap. Dia menjadi lebih penyayang dan mengakui sikapnya itu terjadi kerana dia juga mengalami masalah rumahtangga. Namun, satu perkara yang aku pelajari adalah menjadi wanita kena lebih kuat dalam apa jua sekalipun. Aku kini lebih berani dan bersikap profesinal. Aku banyak belajar dari kakak yang menyaman bosku itu. Terus-terang, kakak memang berani bukan saja dalam bidang lakonan tetapi dalam dunia realiti.

 

“Apapun, selepas semua perkara ini terjadi, aku lebih tenang dan lebih seronok dalam menghiburkan peminatku. Aku harap peminat terus menyokong aku dan menerima aku seadanya.”

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link