Youtuber Korea Terbit Oppa Kitchen Untuk Solusi Resepi Korea Halal

Menyedari hakikat ramai rakyat tempatan menggemari makanan dari Korea, Youtuber asal Korea yang sudah lama menetap di Malaysia bakal menerbitkan sebuah rancangan masakan bertajuk Oppa Kitchen. Program yang bakal menampilkan pelbagai resepi asli dari Korea ini semestinya menjadi solusi kepada penggemar makanan Korea yang sering sangsi atas status halal makanan tersebut.

Menariknya, Oppa Kitchen (OK) yang dijadualkan bakal bersiaran pada awal Ramadan nanti turut berkongsi mengenai restoran Korea di Malaysia yang sememangnya mempunyai rasa yang sama dengan negara asal. Dari sini juga, anda tidak perlulah ke Korea Selatan semata-mata untuk merasa makanan Korea yang asli.

Makanan Korea digemari ramai.

Memahami sensitiviti masyarakat tempatan mengenai status Halal, Youtuber berkenaan bakal berganding bahu dengan bekas pengacara program TV di Astro. Program OK bakal ditayangkan atas talian atau secara online di laman youtube. Ia bakal diacarakan dalam bahasa Inggeris, Korea dan Melayu.

Restoran Korea yang manakah menghidangkan makanan yang lazat?

Tambah menarik lagi, EH! KOREA BUZZ diberitahu, pihak produksi youtuber Korea ini akan menjemput selebriti dari Korea dan Malaysia untuk menjadi tetamu sekali gus menjadi panel masakan Korea. Antara nama Selebriti tempatan yang diintai ialah Hazami, Dina Nadzir, Hani Fadzil, Sarah Suhairi, Model Kryz, Daud Kim, Han Byul dan juru solek Emel Ismail.

Han Byul dan Juru Mekap Emel Ismail pastinya banyak rasa makanan Korea. Manakala Model Kryz (Kanan) tunjuk minat terhadap Korea.

Bagaimanapun, nama-nama tersebut sekadar cadangan saja kerana mereka pernah dan berminat dengan muzik Kpop dan budaya Korea. Selain menjadi penonton program berkenaan, Youtuber Korea itu juga bakal memberikan hadiah kepada penonton bertuah.

Sejak peluk Islam, Daud Kim juga popular dengan mengetengahkan makanan Korea yang halal di Korea.

Setakat ini, identiti Youtuber tersebut masih dirahsiakan lagi kerana mahu menampilkan elemen suprise dan unik. Pastinya Oppa Kitchen bakal menjadi program rujukan terbaik bagi penggemar makanan dan restoran Korea. Tunggulah nanti tayangannya sebanyak 8 episod.

Hani Fadzil dan Sarah Suhairi mempunyai minat sama tentang Korea.

 

 

 

Share via
Copy link