Ahya U, “Saya membina badan semata-mata ingin menyertai Andrews Model Management.”

Mungkin bukan mudah untuk model dari kalangan anak Melayu menyertai Andrews Model Management iaitu antara sebuah syarikat agensi model terulung milik anak tempatan jika ciri-ciri tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Namun, Ahya Ulmuddin berkongsi kisahnya hingga terpilih sebagai model agensi terbabit yang dianggapnya sebagai satu kejayaan.

Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ahya?

Nama penuh saya adalah Ahya Ulumuddin bin Rosli dan saya dilahirkan pada 30 Mac tahun 1987. Saya berasal dari Gombak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Batu Muda, Gombak sebelum menyambung pengajian di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Hobi saya adalah berenang, work out di gim dan melepak bersama rakan-rakan.

 

Adakah menjadi seorang model merupakan minat paling utama bagi Ahya?

Yes! Saya amat meminati bidang ini dan mula berjinak-jinak sejak saya masih dalam pengajian. Tetapi ketika itu tidaklah begitu aktif kerana badan saya masih kurus. Menyedari tuntutan untuk menjadi model yang menonjol, saya mula rajin ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih menawan dan maskulin. Ternyata ia benar-benar membuahkan kejayaan!

 

Apakah pengalaman pertama Ahya sebagai seorang model?

Sebenarnya, saya dilamar untuk menjadi seorang model selepas disedari editor majalah Maskulin, Armizi Mustapha menerusi laman web Myspace. Ketika itu, Armizi menawarkan saya untuk menggayakan pakaian dalam laman fesyen mereka. Di situlah menjadi titik permulaan saya dalam menerajui bidang peragaan.

 

Kini, Ahya adalah salah seorang jejaka Melayu bertuah yang terpilih sebagai model naungan Andrews Model Management. Apakah ini cita-cita Ahya?

Tentu sekali! Semua orang tahu Andrews Model Management adalah syarikat agensi model terkemuka negara dan bukan mudah bagi anak tempatan menyertainya, lebih-lebih lagi kaum Melayu. Saya pernah mencuba untuk casting berkali-kali namun gagal. Saat itulah saya decide untuk membina badan semata-mata ingin menjadi model agensi terbabit. And I feel so happy because I am now one of them. Kiranya, salah satu matlamat hidup saya benar-benar tercapai.

 

Apakah kenangan paling tidak boleh dilupakan Ahya sepanjang bergelar model?

Ketika itu, saya memperagakan pakaian batik di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam satu acara catwalk. Sedang saya berjalan menyusuri tangga, saya sangkakan anak tangga itu adalah yang terakhir, rupa-rupanya tidak. Akibatnya, saya hampir terjatuh namun saya berjaya ‘cover’ dengan baik sekali. Haha! Satu lagi pengalaman melucukan adalah juga ketika catwalk di Sungai Wang Plaza di mana zip seluar terbuka tanpa disedari! Yang kelakarnya, saya berjalan seperti biasa as if nothing happens!

 

Dapatkan majalah EH! isu Mei untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jejaka tinggi lampai ini, sekarang!

Share via
Copy link