James Bond: Dahulu dan Kini

Pada  1953, penulis Ian Fleming telah mencipta satu karakter fiksyen bernama James Bond untuk 12 novelnya dan dua cerita pendek. Menggunakan kod 007, kisah ejen rahsia British ini mula difilemkan pada  1962. Setelah 51 tahun berada di layar perak, James Bond dilakonkan oleh enam nama besar di dalam industri filem Hollywood.

Gambar: TPGNEWS

Sean Connery

Pada awalnya, Ian Flemming tidak bersetuju dengan pemilihan Connery sebagai ejen 007 untuk filem Dr No kerana imaginasinya terhadap karakter James Bond tidak sama dengan perwatakan Connery. Namun begitu, dia mengubah fikiran setelah filem pertama James Bond itu mendapat sambutan hangat. Connery membawa watak ejen 007 di dalam lima filem James Bond termasuk Goldfingers dan Diamonds Are Forever, dari 1962 sehingga 1971 dan satu filem pada tahun 1983. Connery turut menyumbangkan suara di dalam permainan video James Bond 007: From Russia With Love.

Gambar: TPGNEWS

KE MANA LELAKI BUJANG SELALU PERGI? >>

George Lazenby

Setelah Connery melepaskan wataknya di dalam filem James Bond, dia digantikan oleh pelakon George Lazenby. Penerbit filem ini, Albert R Broccoli terserempak dengan Lazenby ketika sedang memotong rambut di salun yang sama dan beranggapan Lazenby sesuai menjadi ejen 007. Namun begitu Lazenby hanya menjadi James Bond di dalam satu filem sahaja kerana berlaku pertelagahan pendapat dengan penerbitnya.

Gambar: TPGNEWS

KETAHUI KARAKTER LELAKI MELALUI TALI LEHERNYA >>

Roger Moore

James Bond ketiga ini memulakan tugas dari 1973 sehingga 1985. Untuk watak ini, Moore terpaksa mengurangkan berat badan dan memotong rambutnya. Dia merupakan pelakon  paling lama membawakan watak ejen British ini, iaitu selama 12 tahun. Pada  2004, Moore dipilih sebagai James Bond Terbaik di dalam undian Anugerah Academy. Moore berhenti berlakon selama lima tahun selepas meninggalkan watak James Bond.

Gambar: TPGNEWS

SIAPA MIKE ROSS SEBENARNYA? >>

Timothy Dalton

Aktor ini ditawarkan watak James Bond berkali-kali oleh penerbitnya tetapi berasakan dia terlalu muda untuk watak tersebut. Akhirnya pada  1987, Dalton bersetuju  membawakan watak ejen rahsia ini sehingga tahun 1994. Dalton yang berlakon di dalam dua filem James Bond mempunyai karakter  paling hampir dengan apa yang digambarkan oleh penulis cerita ejen 007 ini.

Gambar: TPGNEWS

PERKARA YANG LELAKI TAKUT ANDA TAHU >>

Pierce Brosnan

Selepas Roger Moore, penerbit filem James Bond memerhati lakonan Brosnan kerana ingin mengambilnya menjadi ejen 007 yang terbaru. Walaubagaimanapun, dia terikat dengan kontrak  sebuah siri televisyen dan terpaksa melepaskan tawaran besar itu. Sebenarnya, mendiang isterinya, Cassandra Harris yang beria-ia mahu Brosnan membawa watak Bond. Tetapi hanya selepas empat tahun kematian isterinya, Brosnan berpeluang  melakonkannya. Tiga filem Bond lakonannya merupakan  filem yang paling berjaya sehingga ke hari ini.

Gambar: TPGNEWS

Daniel Craig

Pada awalnya, peminat filem James Bond melancarkan kempen kerana tidak berpuas hati di atas pemilihan Daniel Craig menggantikan Pierce Brosnan. Namun begitu, setelah filem Bond pertamanya, Casino Royale menjadi filem Bond yang paling berjaya sehingga ke hari ini, peminat mula menerima Craig sebagai ejen 007. Pada  2007, Craig menandatangani kontrak untuk empat  filem Bond lagi.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link