Kenapa Anda Patut Ada Teman Lelaki ‘Nerd’?

Kebanyakan gadis sukakan lelaki nakal, maskulin dan ahli muzik. Mengapa? Seksi…itu jawapan mereka. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk keluar bersama lelaki ‘nerd’? Sebenarnya, mereka ini tidak ada kurangnya dengan lelaki lain. Mereka juga boleh menjadi teman lelaki yang sangat baik!

Gambar: TPGNEWS

Mereka Ada Masa Depan

Rata-rata tahu, lelaki nerd sememangnya bijak, suka belajar dan membaca buku. Ciri-ciri seperti ini membolehkan mereka mendapat keputusan yang bagus di universiti sekali gus memberikan mereka peluang pekerjaan di syarikat gergasi. Kalau anda lihat kerjaya profesional seperti peguam, doktor atau akauntan, kebanyakan daripada mereka sememangnya ‘skema’. Tetapi mereka mempunyai masa depan yang cerah!

SALAHKAH WANITA MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA? >>

Tidak Gemar Sukan

Memang geram sekiranya mempunyai teman lelaki yang sukakan sukan. Kalau sudah tengok bola, jangan harap mereka akan mempedulikan anda. Tetapi tidak sekiranya teman lelaki anda seorang nerd. Lebih kurang 20 peratus sahaja daripada lelaki ‘skema’ yang sukakan sukan. Jadi, anda tidak perlu mendengar si dia asyik berbicara mengenai kelab bola sepak kegemarannya.

APABILA BULAN CINTA MENJADI BULAN PERPISAHAN >>

Kurang Cakap Besar

Ego lelaki membuatkan mereka sukar untuk menjadi seorang yang rendah diri. Asyik cakap besar sehinggakan meluat mendengarnya. Namun begitu, kebanyakan lelaki ‘skema’ mempunyai keyakinan diri yang rendah dan ini membuatkan mereka sentiasa berasa rendah diri walaupun pencapaian mereka di dalam sesuatu hal itu sungguh menakjubkan.

ALAHAN KEPADA DUIT? BIAR BETUL >>

Anda Boleh Menjadi Diri Sendiri

Pakailah apa sahaja, si dia akan terus berbangga berjalan di sebelah anda. Anda tidak perlu berpakaian seperti Alexa Chung atau mempunyai badan secantik Adriana Lima. Lelaki ‘skema’ sudi menerima anda seadanya tanpa membandingkan anda dengan perempuan lain.

SANGGUPKAH LELAKI MENELAN PIL PERANCANG? >>

Penyelesai Masalah

Sememangnya lelaki ‘skema’ merupakan seorang yang bijak. Sekiranya komputer anda rosak, si dia tahu membaikinya. Ada masalah untuk memahami telefon baru anda, si dia boleh menyelesaikannya. Buntu dengan aplikasi barangan elektronik di rumah, si dia sedia membantu. Bukankah ini merupakan satu kelebihan sekiranya anda mempunyai teman lelaki nerd?

Share via
Copy link