Pendidikan Perancangan Keluarga

Hilai tawa anak kecil memenuhi segenap ruang kediaman pasti jadi idaman kebanyakan mempelai. Pada yang belum berkemampuan, rancang sebaiknya. Masa depan si kecil tanggungjawab anda.

Tips Untuk Wanita:

  1. Jangan memakai seluar dalam terlalu ketat atau seluar jeans ketat kerana ia melemahkan peredaran darah.
  2. Tekanan perasaan berlebihan dan rasa lesu berpanjangan terarah kepada ketidakseimbangan hormon. Lakukan meditasi dan senaman yoga serta perolehi tidur yang mencukupi.
  3. Merokok membahayakan ovari dan pembangunan ovum yang sihat, maka berhentilah jika mahukan cahaya mata. Lupakan juga meminum alkohol dan ubat-ubatan lain akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan reproduktif anda.
  4. Pastikan anda berdua mendapat keseronokan seks. Jika otak anda terlalu dipaksa mencuba, dan tekanan makin berleluasa, ia akan menyekat pembebasan hormon anda. Jadi, relaks dan rasai keseronokan bersama.

 

Tips untuk Lelaki:

  1. Sperma akan bergerak dalam keadaan luar biasa jika berdekatan dengan telefon bimbit anda. Elak meletakkan komputer riba di pangkuan kerana habanya boleh merosakkan sperma.
  2. Usah kerap melakukan sukan berimpak tinggi seperti sukan bola sepak, hoki, bola sepak dan bola keranjang. Apabila bersenam, jangan pakai pakaian yang akan mengeluarkan haba.
  3. Diabetes dan tekanan darah tinggi mempengaruhi peredaran darah, produksi sperma dalam buah zakar akan menderita. Ini boleh dibetulkan dengan herba tertentu namun perbincangan bersama akupunktur dan pakar herba sangat disarankan.

 

Ketahui tips penuh dengan mendapatkan EH! Jun ini. Dapatkan di pasaran sekarang!

 

Share via
Copy link