Penyebab Rasa Sakit Ketika Seks

Mungkin ramai wanita merasakan yang sakit ketika melalukan hubungan intim bersama pasangan hanya dialami oleh mereka yang baru berkahwin. Tetapi ada juga mereka yang sudah lama berumah tangga tetapi masih merasa sakit ketika bersama dengan suami. Sekiranya anda merasa sakit ketika melakukan hubungan seks, mungkin salah satu penyebabnya ada di bawah ini.

Pakai Seluar Ketat Setiap Hari

Seluar ketat atau seluar dalam berenda menyebabkan kerengsaan pada bahagian sulit wanita. Kurangkan memakai seluar yang ketat sekiranya anda mula merasa sakit ketika melakukan hubungan seks dan jangan lupa untuk sapukan vitamin E, minyak zaitun atau minyak kelapa pada kemaluan anda untuk mengubati kerengsaan yang dialami.

 TEKNIK CIUMAN KASIH SAYANG MESTI CUBA >>

Menghadap Komputer Terlalu Lama

Duduk terlalu lama di hadapan komputer mengejangkan otot di bahagian pelvis yang mengurangkan pengaliran darah ke zon V anda. Ini menyebabkan anda merasa sakit jika anda bersama suami di malam hari. Regangkan otot anda dengan berjalan setiap 20 minit untuk mengelakkan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan.

 APABILA SELEBRITI BERBICARA MENGENAI SEKS >>

Anda Dalam Keadaan Tertekan

Otot ‘V’ anda sungguh responsif kepada stres dan tekanan. Sekiranya anda sedang risaukan sesuatu, ia boleh membuatkan anda kurang selesa ketika bersamanya. Rehat dahulu atau panjangkan foreplay anda dengan suami untuk membuatkan anda lupa sebentar dengan masalah yang dihadapi.

 SEKS 4 KALI SEMINGGU UNTUK AWET MUDA >>

Bilik Terlalu Dingin

Sama juga seperti kulit anda, bahagian kemaluan akan menjadi cepat kering sekiranya anda selalu berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Anda perlu laraskan suhu yang tidak terlalu sejuk ketika bersama dengan pasangan.

 MENGAPA SEKS KETIKA HAMIL DIGALAKKAN >>

Anda Sedang PMS

Sebelum anda datang bulan, rahim anda akan membengkak dan disebabkan ini, anda akan merasa sedikit sakit ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan. Sekiranya anda mahu bersama dengan suami juga ketika PMS, anda perlu berada di posisi atas suami untuk mengelakkan rasa sakit.

Share via
Copy link