Ashraf Muslim kahwin di Thailand

Industri hiburan Malaysia gempar dengan pengakuan  aktor Ashraf Muslim bahawa dia telah bernikah dengan Wan Sakinah di Thailand sebelum menjalani perbicaraan permohonan untuk berpoligami. Mahkamah telah membenarkan permohonan poligami ditarik balik selepas Ashraf memberitahu  mahkamah yang dia telah pun bernikah.

Gambar: Ashraf Muslim

Aizat dan Zee Avi semakin rapat

Bagaimanapun bapa mertua Ashraf, Lokman Abdul Hamid melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Ashraf yang terburu-buru. Katanya, mereka sekeluarga  redha jika keputusan mahkamah membenarkan Ashraf berpoligami sekiranya perbicaraan dijalankan.

Kawan sendiri rampas suami Noniswara

Gambar: Bapa mertua dan isteri pertama Ashraf

“Ini sesuatu yang kami kesali. Dia pergi ke Thailand pun tidak memberitahu isteri dia. Dia berbohong dengan mengatakan dia pergi ke Bangkok untuk business meeting,” kata Lokman.

Diharapkan kemelut yang melanda Ashraf Muslim ini dapat ditanganinya dengan rasional.

Share via
Copy link