EH! Promosi Mac 2018

Menangi hadiah menarik bulan ini!

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENANG!

Baucar penginapan Sunway Velocity Hotel

BERNILAI RM5,760

Hotel yang dihubungkan dengan Sunway Velocity Mall ini memberi akses kepada lebih 500 kedai, 150 gerai makanan dan minuman serta pelbagai pusat hiburan dan kemudahan rekreasi sekali gus menjadikannya destinasi ideal untuk pelancong. Dekorasi elegan bersesuaian dengan lokasinya yang berada di tengah kota raya Kuala Lumpur. Hotel ini terletak strategik dengan jarak beberapa minit dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Sunway Velocity Hotel menyediakan sebanyak 351 bilik tetamu dengan tiga kategori bilik yang berbeza seperti Superior, Superior Plus dan Superior Premier Rooms. Setiap bilik dirias dengan corak geometri dengan rona kehijauan, kuning dan emas; dan dilengkapi dengan keselesaan dan kemudahan yang selesa untuk penginapan para tetamu termasuklah WiFi percuma, TV Smart LED, peti keselamatan elektronik, peti sejuk mini dan kemudahan membuat kopi dan the.  Antara kemudahan lain yang disediakan di Sunway Velocity Hotel termasuklah kolam renang infiniti di atas bumbung, pusat kecergasan yang dibuka 24 jam, kafe ekspres dan bilik mesyuarat.

 

Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!

 

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mac 2018

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link