Istana Bambu; Indah di Mata, Lazat Terasa

Restoran yang terletak di Jalan Hulu Kelang-Ampang ini sungguh menenangkan. Suasananya cukup membuat fikiran melayang teringatkan kampung halaman. Apatah lagi persekitarannya masih tersergam utuh pohon-pohon tinggi di hutan. Istana Bambu adalah restoran berkonsepkan perkampungan buluh. Dibuka khusus untuk orang ramai menikmati hidangan sambil dilatari suasana menyamankan, sesuai benar untuk sekeluarga dan teman-teman rapat berkumpul.

Dekorasinya menggunakan hampir 100 peratus binaan buluh. Namun begitu, seiring dengan arus kemodenan, sentuhan moden diterapkan untuk gaya yang lebih kontemporari. Kerusi-kerusi serta meja kayu dijadikan subjek hiasan. Atap-atap nipah menguatkan lagi elemen kampung. Kain putih jarang beralun lembut ditiup angin lembut. Oh! damai sekali di sini. Restoran yang mula dibuka pada tujuh Julai 2010 ini juga sesuai dijadikan lokasi untuk majlismajlis kecil seperti majlis perkahwinan, minum petang dan pertunjukan fesyen. Istana Bambu terletak di Lot 841-842 Jalan Hulu Kelang- Ampang, Ampang, Selangor. Layari www.istanabambu.com.my untuk maklumat lanjut. Peta untuk ke sini turut ada di laman sesawangnya. Anda juga boleh menghubungi terus restoran ini di talian 03- 4251 4717. Istana Bambu dibuka setiap hari, 12.00 tengahari- 11.00malam (Isnin- Khamis) dan 12.00 tengahari- 12.00 malam (Jumaat- Ahad). Selamat menjamu selera. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link