Kempen Seksi Baru Calvin Klein Tampil Bintang Asia

Calvin Klein melancarkan kempen istimewanya yang mempamerkan wajah bintang Asia yakni penyanyi dan penari Korea terkenal, HyunA dan penyanyi rap China, Lil Ghost. Kesemua bintang popular ini tampil seksi dalam kempen terbaru helaian dalam CK ONE dan denim Calvin Klein.

Kempen ini juga adalah kesinambungan kepada pelancaran ‘adik’ baru kepada haruman ikonik CK ONE yang dikenali sebagai CK EVERYONE. Tagline untuk kempen ini ialah ‘I am one, I am many, I love everyone of me’.

Koleksi pakaian dalam CK ONE menampilkan cetakan grafik yang cukup bold dengan penampilan ketara logo atau monoragm Calvin Klein. Manakala CK ONE jeans pula tampil dengan baju-t dengan cetakan logo, baju berhud dengan cetakan grafik dan semestinya potongan denim yang malar segar. Himpunan ini sudah berada di stor Calvin Klein juga di portal maya Calvin Klein sendiri.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via
Copy link