Lee Seungi Gi Kembali Ke Malaysia!

 

Buat peminat Lee Seung Gi inilah masanya untuk anda melihat secara dekat pelakon yang tengah popular dengan drama terbarunya iaitu Vagabond. Lee Seung Gi ini akan berkunjung ke Malaysia pada 30th November 2019 (sabtu) di Star Convention Centre, Menara PGRM sempena jelajah asianya iaitu 2019 Lee Seung Gi Asia Fanmeeting Vagabond Voyage in Kuala Lumpur.

Terkenal dengan gelaran “triple crown” artis iaitu berbakat dalam menyanyi, berlakon dan mengacara, Lee Seungi Gi sememangnya memiliki aura penghibur yang membuatkan peminatnya sentiasa ternanti-nanti akan drama atau rancangan hiburan yang disertainya.

2019 Lee Seung Gi Asia Fanmeeting Vagabond Voyage in Kuala Lumpur ini dibawakan oleh IMC Live Global dan tiket boleh dibeli di AirAsia Red Tix – https://airasiaredtix.com/tickets/lsgmy

Tiket dijual pada harga VIP – RM598 akan mendapat hadiah VIP , hi-touch dan poster yang di tanda tangan oleh Lee Seung Gi. CAT 1 – RM498 hi-touch dan poster yang di tanda tangan oleh Lee Seung Gi. CAT 2 – RM398 hi-touch dan poster yang di tanda tangan oleh Lee Seung Gi. Manakala CAT 3 – RM298 Poster yang di tanda tangan oleh Lee Seung Gi.

Untuk maklumat lanjut mengenai 2019 Lee Seung Gi Asia Fanmeeting Vagabond Voyage in Kuala Lumpur, boleh lawat laman social facebook http://www.facebook.com/IMCLiveGlobal.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link