Macao Destinasi Mesra Muslim

Small but interesting sesuai sekali menggambarkan negara kecil ini yang hadir dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik dan unik.

Macao antara destinasi percutian yang harus dikunjungi sekali dalam seumur hidup. Kini destinasi ini lebih Muslim friendly dan sesuai sekali buat mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan ke destinasi Asia namun dipengaruhi oleh budaya dan adat Portugese. Baru-baru ini juga, Hong Kong-Zhuai-Macau Bridge juga baru dibuka yang mana jambatan ini menyambungkan tiga negara sekaligus bagi memudahkan pengunjung datang dan pergi. Bagi yang pertama kali ingin menjejak negara ini, EH! cadangkan beberapa lokasi menarik untuk dicuba.

1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

RUINS OF ST. PAUL’S

Ia dibina pada tahun 1602-1640 sebagai sebuah gereja namun terbakar pada tahun 1835. Ruins of St. Paul’s disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan antara destinasi yang mesti dilawat ketika di Macao. Di sekeliling kawasan ini juga penuh dengan kedai yang menjual cenderamata yang murah.

 

*Tip penting: Macao menggunakan matawang Macanese pataca namun oleh kerana ia sukar dapat di Malaysia, anda boleh menukar wang ke Hong Kong Dollar yang turut diterima oleh penduduk di sana.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link