Macao Destinasi Mesra Muslim

Small but interesting sesuai sekali menggambarkan negara kecil ini yang hadir dengan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik dan unik.

Macao antara destinasi percutian yang harus dikunjungi sekali dalam seumur hidup. Kini destinasi ini lebih Muslim friendly dan sesuai sekali buat mereka yang ingin membawa keluarga berjalan-jalan ke destinasi Asia namun dipengaruhi oleh budaya dan adat Portugese. Baru-baru ini juga, Hong Kong-Zhuai-Macau Bridge juga baru dibuka yang mana jambatan ini menyambungkan tiga negara sekaligus bagi memudahkan pengunjung datang dan pergi. Bagi yang pertama kali ingin menjejak negara ini, EH! cadangkan beberapa lokasi menarik untuk dicuba.

2 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

MACAO MUSUEM

Terletak berdekatan dengan Ruins of St. Paul’s, Macao Museum menempatkan pelbagai barangan bersejarah yang menampilkan budaya dan adat Macao sejak dahulu lagi. Macao Museum juga terletak di dalam Mount Fortress iaitu sebuah kubu yang dibina pada awal abada ke-17. Kubu ini bertindak sebagai struktur pertahanan tentera utama Macao pada masa dahulu sebelum ia ditukar kepada muzium dan dibuka pada umum pada tahun 1965.

 

*Tahukah anda?: Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, manakala setiap hari Selasa dan 15 hari bulan setiap bulan pula masuk adalah percuma.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link